Wednesday, June 17, 2009

INSAN ITU TIADA LAIN DARI KELALAIAN

Tidaklah dinamakan Insan

Melainkan kerana kelalaian

Sepanjang hayatnya loba mencari

Tapi tidak dimengerti apa yang ditemui

Dalam perjalanan

Ialah pemburu menjejak bayang

Fatamorgana kelihatan fana menghilang


Siapakah benar bersedia dengan kepastian

Melainkan tiba masa

Semuanya berkesalan

Tanyalah pada yang hampir pergi

Adakah dengan umurnya memada?

Melainkan di wajahnya terbayang harapan

Hayatnya mohon ditangguhi

Kerana keluarga, harta dan kasih sayang

Sauh hidup yang sukar dibungkari

Padahal diketahui semuanya nisbi


Insan itu amat cinta pada kesementaraan

Seribu tahun kalau diberi belum kecukupan

Kepastian menjelang, mohon lagi ditangguhkan

Kesal datang berulang lagi

Tiada guna ditangisi tempahan amalan

Insan itu tiada lain dari kelalaian


Tempahan sememangnya suatu yang tidak kepastian

Dek kerana sifat bertangguhan

Dalam mencari dasar keimanan..

Apakah sebenar dasar itu?

Dasar itu mencari Tuhan..

Insan itu tiada lain dari kelalaian



..MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD

2 comments:

  1. wow...terkesan sket di hati ni. tempias iman mum lan. ameeeen.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah shade..moga kita diberi kesempatan mencari ALLAH..ameeen..

    ReplyDelete