Saturday, December 26, 2009

JOM PUASA 9 DAN 10 MUHARAM (ASSYURA)

Assalamualaikum wbt..

Esok adalah tanggal 9 Muharram 1431 dan lusa 10 Muharram 1431H. 10 Muharram seringkali disebut HARI 'ASYURA. Berkenaan dengan puasa pada 9 dan 10 Muharram ini, saya sempat memetik beberapa hadis yang berkaitan. Mari kita semak antara HAdis-hadis yang bercakap tentang puasa pada kedua-dua tarikh tersebut, insyallah.


Dari Aisyah rha, katanya: “ Di zaman jahiliyyah, orang-orang Quraisy melakukan puasa pada hari ‘Asyura. Dan RAsulullah SAW pernah pula mempuasakannya. Tatkala baginda berhijrah ke MAdinah, beliau mempuasakannya bahkan memerintahkan supaya umatnya mempuasakannya pula. Maka tatkala puasa Ramadhan diwajibkan, baginda bersabda, “ Siapa yang suka berpuasa di hari ‘Asyura silakan, dan siapa yang tidak suka, tidak mengapa (1094: Hadis Sahih Muslim, Jilid 2).

Dari Ibnu ‘Abbas ra, katanya: “ ketika Rasululllah SAW belum lama tiba di Madinah, didapatinya orang-orang Yahudi puasa pada hari “Asyura. Lalu mereka ditanya perihal itu (apa sebabnya mereka berpuasa pada hari itu). JAwab mereka, “ Hari ini adalah hari kemenangan Musa dan BAni Israil atas Fira’un. Kerana itu kami puasa pada hari ini untuk menghormati Musa”. Maka bersabda NAbi SAW., “ kami lebih layak memuliakan Musa daripada kamu”. Lalu baginda perintahkan supaya kaum muslimin puasa pada hari ‘Asyura. (1098: Hadis Sahih Muslim, Jilid 2).

Dari ‘Abdullah bin ‘Abbas ra., dia menceritakan bahawa ketika RAsulullah SAW puasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram) dan memerintahkan kaum Muslimin supaya berpuasa, para sahabat berkata, “ HAri ini adalah hari raya orang-orang Yahudi dan NAsrani”. LAlu RAsulullah SAW bersabda”: Apabila masih menyaksikan tahun yang akan datang, insyaAllah kita puasa pada tanggal 9 Muharram.” KAta “Abdullah selanjutnya, “ Ternyata tahun depan itu, baginda sudah wafat”. (1103: Hadis Sahih Muslim, Jilid 2)


Dari Abu Qatadah al-Anshari ra, katanya RAsulullah SAW ditanya orang tentang puasa hari 'Arafah. Jawab baginda, " Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian baginda ditanya pula tentang puasa hari 'Assyura, Jawab BAginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (1132: Hadis Sahih Muslim, Jilid 2)



Saudara Pembaca, Muslimin dan Muslimat..


Makanya jelas kepada kita mengenai puasa 9 dan 10 Muharram ini. Berkebetulan juga pada 10 Muharram setiap tahun adalah Tarikh Ulang Tahun Kelahiran saya mengikut kalendar ISLAM. Rasulullah SAW juga menganjurkan agar kita berpuasa bagi meraikan hari ulang tahun kelahiran sebagai tanda kesyukuran kita kepada kasih sayang dan rahmat ALLAH SWT mewujudkan dan melahirkan kita ke dunia ini dengan selamat dan sempurna.


Oleh itu, saya menyeru saudara saudari semua, marilah kita sama-sama berpuasa sunat 9dan 10 muharram yakni esok dan lusa sebagai tanda kita mengikut sunnah RASULULLAH SAW dan para sahabat baginda, insyallah..



JOM PUASA kerana ALLAH SWT..


Rujukan: Terjemahan Hadis Sahih Muslim Al-Imam Muslim Jilid 2



..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD

Friday, December 25, 2009

UCAPAN TAHNIAH SEMPENA PERAYAAN AGAMA LAIN


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Esok 25hb Disember 2009, mereka yang beragama kristian akan menyambut Hari Krismas atau Hari Natal. Namun begitu persoalannya, adakah wajar bagi kita mengucapkan selamat kepada mereka yang menyambutnya dan apakah hukumnya?

Perkara ini sering terlepas pandang pada hukumnya dek kerana kemajmukan masyarakat Malaysia..1MALAYSIA la katakan..Tetapi ada beberapa perbahasan yang berkaitan dengan memberi ucapan selamat kepada non-muslim. Mari kita selusuri sedikit tentang hal ini…Insyallah.

JENIS-JENIS UCAPAN SELAMAT YANG BOLEH DAN TIDAK DIBOLEHKAN TERHADAP NON-MUSLIM

Terdapat beberapa hukum yang boleh dirujuk:

HARUS: Ucapan tidak mengandungi rasa redha dengan agama lain tetapi sekadar melahirkan kemesraan dan menghormati.

Contohnya: “semoga sihat sejahtera, semoga mendapat kebaikan..” dan sebagainya.

HARAM: Jika terdapat unsur keredhaan terhadap agama kufur.

Contohnya: ‘semoga dimuliakan pada hari raya ini..,” “ hari raya ini adalah hari mulia..,” dan sebagainya.

Namun, lebih baik jika ucapan kemesraan dan menghormati itu diiringi dengan doa agar mendapat hidayah. Contohnya, “ semoga mendapat hidayah…”, “semoga beroleh cahaya iman…” dan sebagainya.

Berdoa kepada ALLAH SWT supaya orang lain mendapat hidayah amatlah digalakkan. Nabi SAW juga berdoa supaya kaumnya mendapat hidayah ALLAH SWT kerana mereka ialah golongan yang tidak mengetahui. Nabi SAW juga berdoa supaya ALLAH SWT memperkukuhkan ISLAM kepada salah seorang daripada dua Umar ketika keduanya belum mendapat petunjuk ISLAM.

Cuma dalam situasi hari ini, kita mengambil kesempatan dengan kedatangan hari raya non-muslim ini untuk mendoakan mereka mendapat hidayah ALLAH SWT. Asas keharusan ini adalah berdasarkan saranan al-Quran supaya berbuat baik dan berlaku adil kepada non-muslim. Firman ALLAH SWT dalam al-Quran Yang Mulia:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah al-Mumtahanah: 8)

Biasanya juga non-Muslim mengucapkan ucapan selamat dan tahniah sempena perayaan agama umat ISLAM. Maka, atas dasar membalas sifat hormat mereka, maka wajarlah kita membalas mengikut kadarnya pada landasn syariat islam, wajarlah dengan ucapan dengan cara menghormati juga, bukan sama-sama membuat ritual agama mereka. Firman ALLAH SWT:

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Nisa’: 86)

Demikikan itu, saya berharap sedikit panduan dan ilmu ini, boleh memberi nilai tambah kepada kita dalam perhubungan sosial dengan masyarakat bukan ISLAM di negara kita. Sama-samalah kita berdoa agar ALLAH melimpahkan rahmat, kasih sayang, taufiq dan hidayah-NYA sentiasa kepada kita..

ISLAM ITU PANDUAN HIDUP BERSYARIAT
.
Rujukan: Fiqah Beinteraksi Dengan Non-Muslim karangan Yg Berbahagia Ust Mohammad Nizam Abd. Kadir.


..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD

Friday, December 18, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H

Assamualaikum wbt muslimin dan muslimat semua..

Firman ALLAH Taala fi Kitabihi Aziz,

Bismillahi rahmanirahim..

"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisa', 100)


Rasulullah SAW juga pernah bersabda,

Omar bin Al-Khattab r.a ketika diatas mimbar, katanya: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya segala amalan itu di sertai dengan niat, dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa berhijrah kerana dunia mendapat habuannya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya. (Sahih Al-Bukhori)

SEMOGA SEGALA AMAL KEBAIKAN TAHUN LEPAS DIANGKAT OLEH ALLAH SEBAGAI KEBAJIKAN DAN SEGALA DOSA TAHUN LEPAS DIAMPUNKAN ALLAH SWT.
DAN TAHUN BARU INI, KITA TERUSKAN BERDOA DAN BERUSAHA MEMBAIKI DIRI MENUJU LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG LALU..INSYALLAH..AMIN..

TERUSKAN BERDAKWAH..




..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD

Wednesday, November 18, 2009

UCAPKANLAH DALAM SUJUD SYUKUR MU

Ya ALLAH..
Aku bersyukur dengan rahmat dan kasih sayang Mu dengan mewujudkan aku di dunia ini dengan kedua ibu bapaKu..Aku bersyukur dengan kesempurnaaan zahir dan batin yang Engkau kurniakan, anggota badan dan pancaindera yang berfungsi dengan baik.

Ya ALLAH..
Aku bersyukur dengan rahmat ISLAM, IMAN dan EHSAN yang Engkau anugerahkan kepada diriku..pertingkatkanlah nikmat-nikmat awla ini dalam jiwa sanubariku.

YA ALLAH..
Aku redha dengan qadha dan qadar-MU, ketetapan dan ketentuan dariMu terhadap diriku, redhakanlah diri ini dan kurniakanlah kebaikan pada qadha dan qadarku.

YA ALLAH..
Aku bersyukur dengan segala rahmat-MU..ampunkanlah dosa-dosa ku jika aku terlalai dalam mensyukuri nikmat dan rahmat MU, yang Maha Luas dan Maha Besar, meliputi langit dan bumi, timur dan barat.. yang aku sedari atau tidak aku sedari, yang aku ketahui atau tidak aku ketahui.

Ya ALLAH..
Apalah kiranya ENGKAU ampunkan dosa-dosaKu, dosa2 kedua ibu bapaku, orang-orang yang menjaga dan mendidik ku, orang-orang yang aku sayangi, orang-orang memberi ilmu kepada ku, ampunkanlah dosa2 kami yang telah lalu, yang akan datang.

YA ALLAH..
Aku bermohon kepadaMU, permudahkan segala urusan kami, kurniakan kejayaan segera kepada kami, tingkatkanlah iman ini pada setiap ujianMU.

Ya ALLAH..
Jauhkanlah aku dan orang orang yang ku sayangi dan mereka disekililingku dari pada azab neraka dan tempatkanlah kami di Syurga Firdaus-MU

YA ALLAH..YA ALLAH..
Kurniakanlah kami taufiq dan hidayah MU selalu..Amin..Ya Rabbal 'Alaamiin

..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD

Saturday, November 14, 2009

KAPSUL ZULHIJJAH

Nama-nama Kaabah dalam Al-Quran


1. Kaabah


Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan KAabah boleh juga bermakna kiub. " Sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah". (Surah al-Maidah, 5:95)


2. aL-Baitul aL-Haram


Rumah yang dihormati dan diharamkan membunuh, berburu dan menebang pokok. "Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup)". (Surah aL-Maidah 5:97)


3. aL-Baitul aL-Mubarak


"Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah BAitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia". (Surah aLi-'Imran 3:96)


4. Baitullah


"Dan Kami perintahkan kepada NAbi Ibrahim AS dan NAbi ISmail AS (dengan berfirman): "bersihkanlah Rumahku (KAabah dan Masjidil aL-Haram dari segala perkara yang dilarang) untuk orang yang bertawaf, dan orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sudjud". (Surah aL-BAqarah, 2:125)


5. aL-Baitul aL-AtiQ


Bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka dari dosa dan azab. Kedua-dua makna boleh diterima. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu". (Surah aL-HAjj, 22:29)


6. aL-Qiblah aL-Mardhiyyah


"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan". (aL-BaQarah, 2:144)


7. Bakkah


"Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula yang dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah, yang berkat (dijadikan) pertunjuk hidayah bagi umat manusia". (aLi-Imran, 3:96)

*Rujukan: Majalah Solusi No. Isu 13


Nama Lain MAdinah aL-Munawarah



1. Madinah 16. aL-Musallamah


2. Tabah (At-Tayyib) 17. aL-Mijannah


3. aL-Mufiyyah 18. aL-Qudsiyah


4. Taibah 19. aL-'Asimah


5. Dar aS-Salam 20. aL-Marzuqah


6. aL-Miskinah 21. Ash-Shafiyyah


7. aL-'Adhra 22. aL-Hirah


8. aL-Jabir 23. aL-Mahbubah


9. aL-Mahabbah 24. aL-Marhumah


10. al-Mahabbabah 25. aL-Mukhtarah


11. al-MAhburah 26. Jabirah


12. aN-Najiyah 27. aL-Muharramah


13. Akkalatul-Buldan 28. al-Qasimah


14. aL-Mubarakah 29. Tababa


15. aL-Mahfufah

Tuesday, November 10, 2009

LABBAIKALLAHHUMALABBAIK...LAMBAIAN HAJI 1430H..TELAH TIBA LAGI..

Makkah al-Mukaramah merupakan salah satu daripada dua tanah haram dan kota suci umat Islam. Kota itu terletak di negara yang di dahulunya di panggil Hijjaz, tetapi sekarang lebih dikenali sebagai Arab Saudi. Makkah adalah tempat Umat Islam menunaikan Fardhu Haji setiap tahun. Di sanalah terletaknya Masjid yang paling Utama bagi umat ISlam iaitu Masjidil Haram yang ditengahnya terdapat Baitullah (KAABAH) yang menjadi pusat arah kiblat untuk solat bagi UMAT ISLAM di seluruh dunia.



Sejarah Pembinaan KAABAH

Di dalam Islam sejarah pembinaan Kaabah yang dikenali sebagai Baitullah itu bermula dari NAbi Ibrahim a.s dan puteranya Nabi ISmail a.s. Pemilihan Kota Makkah sebagi pusat agama ALLAH di bumi sudah pasti mempunyai hikmah dan rahsianya yang tersendiri. MAri kita telusuri kisah pemilihan Makkah sebagi pusat ibadat UMAT ISLAM di bumi.


Diceritakan ALLAH SWT di dalam al-Quran, bahawa ketika ALLAH SWT hendak menciptakan ADAM as, ALLAH SWT berfirman kepada para Malaikat:


" Sesungguhnya AKU akan mencipta di bumi seorang Khalifah"


Lalu Malaikat bertanya:


" Addakah patut ENGKAU jadikan di atas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedangkan kami bertasbih dan menyucikan ENGKAU?


Pertanyaan para MAlaikat itu dijawab oleh ALLAH SWT dengan tegas:


"sesungguhnya AKU mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"

(al-Baqarah : 30)


Para Malaikat menjadi begitu takut dengan jawapan tegas dari ALLAH SWT, lalu memohon ampun kepada ALLAH dan berjanji tidak akan menyoal apa-apa yang akan diciptakan oleh ALLAH. Oleh itu, apabila ADAM a.s diciptakan, para Malaikat tidak teragak2 tuk sujud kepada ADAM as apabila diperintahkan oleh ALLAH SWT kecuali IBLIS yang ingkar dan enggan menghormati ADAM a.s sehingga dilaknat dan dihukum oleh ALLAH SWT. Para Malaikat yang gerun dengan apa yang berlaku kepada iblis, lantas para malaikat membuktikan ketaatan mereka kepada ALLAH SWT dengn bertawaf di sekitar ARASY. Namun, oleh kerana arasy itu terlalu besar dan tidak mampu dikelilingi oleh para Malaikat, maka ALLAH SWT telah membina satu binaan yang lebih kecil dan sesuai untuk para Malaikat melakukan Tawaf yang dinamakan "Baitul Makmur". Baitul Makmur adalah tempat para MAlaikat di langit bertawaf memuji dan mengesakan ALLAH SWT.


Selain para MAlaikat di langit, terdapat juga para MAlaikat yang ditugaskan menjaga hal-hal makhluk ALLAH di bumi, maka ALLAH telah memerintahkan para Malaikat di bumi mendirikan sebuah binaan yang sama fungsinya dengan BAitul MAkmur di langit sebagi tempat tawaf para MAlaikat di bumi. Maka didirikanlah sebuah binaan menurut perhitungan para MAlaikat bersetentangan dengan kedudukan BAitul MAkmur di langit dan dikatakan itulah kawasan yang dinamakan BAITULLAH, pusat arah ibadat di bumi dan terletak di KOTA MAKKAH yang ada pada hari ini.


Setelah ADAM a. s dan isterinya HAWA diturunkan di bumi. Baginda telah menjelajah hingga ke kota Makkah dengan panduan Malaikat Jibrail as. Kemudian NABI ADAM a.s dan HAWA diperintahkan membangunkan BAngunan BAitullah. MAka bertawaflah ADAM as disekitarnya. Kemudian Bangunan KAABAH telah mengalami perubahan binaan sehinggalah kepada yang ada sekarang.


(lakaran artis gambaran MAkkah dan kawasan sekitar pada masa akan datang)


Hari ini, MAkkah Al-Mukaramah adalah dibawah pentadabiran kerajaan As-Saudi. Kerajaan As-Saud telah banyak melakukan penambahbaikan pada KOTA MAKKAH dan MASJIDIL HARAM untuk memberi kesenangan kepada para Jamaah Haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia, menyahut seruan ILLAHI.


Tahun ini, insyallah kita akan menyambut HARI RAYA EID UL ADHA ini pada 27 November 2009 bersamaan denagan hari Jumaat. ALangkah beruntungnya dan besarnya rahmat ALLAH bagi mereka yang dipanggil ALLAH untuk sampai ke sana..berbahagialah mereka dalam menunaikan ibadat dengan gandaan pahala yang tiada terkira hitungnya..insyallah..


MOga kita juga diberi berkesempatan untuk sampai "singgah" ke sana dalam perjalanan yang masih panjang ini...insyallah.



*Rujukan: Buku Pengajian Penulis


..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD

Thursday, October 29, 2009

PENGAJIAN SECARA FORMAL BAHASA ARAB HARFIAH AL-FURQAN


INFO dan HEBAHAN


Pengajian Sebenar Secara Formal Bahasa Arab Harfiah Al-Furqan (IKIM) akan diadakan di Shah Alam Iaitu di :

No 1-G, Tingkat 7, Block 1, Bangunan Worwide Business Park 13/50 Jalan Tinju Seksyen 13 Poskod 40100 Shah Alam.

Pra-Dengar (percuma) akan diadakan pada 3 November 09 jam 8.00 malam

Ust Nasa (penyusun program al-furqan ini) yang akan mengendalikan program ini sendiri. Keterangan lanjut sila hubunggi

Ust Rosdi 013 394 7086

Tuesday, October 27, 2009

SIAPA ITU SYIAH? ADAKAH MEREKA JUGA BENAR?

SYIAH

LATAR BELAKANG


Syiah ini merupakan satu kelompok pecahan dari umat ISLAM yang merangkumi lebih kuarang 10 % dari seluruh umat ISLAM di dunia. Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi saya akan jelaskan 3 kumpulan besar dalam golongan syiah ini, insyallah.

i. Syiah Imam Dua Belas (Ja’fariyyah)

Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di IRAN dan merangkumi hampir 60 % dari pda penduduk IRAQ. Golongan ini juga menjadi kumpulan minority di beberapa buah negara seperti PAKISTAN, AFGANISTAN, LEBANON dan SYRIA.

ii. Syiah Zaidiyyah

Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di YAMAN dan hampir 40 % daripada penduduk negara tersebut dalah pengikut Syiah Zaidiyyah.

iii. Syiah Ismailiyyah

Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di INDIA dan bertaburan di sekitar ASIA TENGAH, IRAN, SYRIA dan TIMUR AFRIKA.

Di Malaysia pula, terdapat 3 kumpulan syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun kebelakangan ini iaitu:

i. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)

kumpulan ini berasal dari INDIA dan di Malaysia ia di kenali sbagai goloangan yang memiliki KEDAI BOMBAY. Kumpulan yang berpusat di Daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (tahun 1996).

ii. Syiah Ismailiah Agha Khan

Kumpulan ini di kenali dengan nama Kedai Peerbhai. Bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

iii. Syiah Ja’fariyyah@Imamiah Ithna Assyariyyah (Iman Dua Belas)

a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah university tempatan telah memainkan peranan tuk menyebarkan fahaman Syiah Ja’fariyyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.


Saudara pembaca yang budiman,


Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran ISLAM dan menjadi ancaman kepada perpaduan Ummah, keutuhan agama, perpaduanbangsa dan keamanan negara khususnya di Malaysia. Oleh itu, fahaman dan ajaran ini perlu dibendung keseluruhannya dari berkembang masuk ke Aliran Ahli SunnaH wa Jamaah kerana terdapat percanggahan yang jelas dari sudut akidah, syariah dan pelbagai penyelewengan umum yang lain. Insyallah, pada entri yang akan datang saya akan berkongsi pula beberapa penyelewengan yang dibawa oleh fahaman syiah dari sudut-sudut yang dinyatakan tadi. Saya juga akan membentangkan hujah disebalik kenapa fahaman ini dikatakan menyeleweng. INSYALLAH.


Rujukan:

1. Koleksi Pengajian Penulis.
2. Kitab Aqaid al-Imamiah oleh Ulama Syiah Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar.
3. Kitab Awail al-Maqalat petikan Muhamad JAwad Mughniah dari kitab al-Syiah Fi Mizan.
4. Kitab al-Usul Min al-Kafi karangan al-Kulaini Juzu’
5. Kitab Bihar al-Anwar karangan al-Majlisi
6. Kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh al-Syed Mansur Husain
7. Kitab al-Tafsir oleh Abu al-Nadhar Muhammad bin Masud bin Iyasy al-Salami al-Samarqandi atau dikenali sbagai Ibn al-Iyasyi
8. Kitab Usul Kafi, Itikadi, Ijtimai, Akhlakhi, wa- ilmi oleh al-Kulaini

..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD
INSTITUT IBNU DAUD

Tuesday, October 6, 2009

SECEBIS TAZKIRAH PASCA RAMADHAN


Assalamualaikum wbt..
secebis ingatan pasca ramadhan...

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?...pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)



4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya....maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)



Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."


Sunday, October 4, 2009

DI UJI SEBAGAI HAMBA..

Subhanallah..
Rasa macam diri ini trus menerus diuji ALLAH..
kekadang rasa..ntah xtahu lah apa nk ckap..

sume ade..1001 rasa..huhu..
Ya ALLAH kuatkan iman ini..
untuk sume ujian-MU

Amin..Ya Rabbal 'Alamin..

Thursday, September 17, 2009

SYAHDU RAMADHAN PENGHUJUNG GARISAN

RAMADHAN..

Hati trase syahdu tatkala ramadhan semakin menginjak ke penghujung..moga segala yg ditarbiah tika ini trus kekal dijiwai dan ‘roh’nya terpahat dihati..

Tika ini, hampir setiap hati di muka bumi,mengharapkan pengampunan ILAHI, Tuhan seluruh alam..Pencipta MAha Agung Sang Sarwajagat..

Doa dipohon, amin kedengaran.. Mungkin saat menuruni hari-hari akhir bulan mulia ini, hati-hati makin digoncang dengan kedatangan suatu malam yang paling agung..lebih baik dari seribu bulan ..merumpun amalan menginsing malam..kesaktian bagai hidup beramal penuh ketenangan di bawah kerahmatan 83 tahun..

Wahai teman dan taulan.. idup hanya pinjam cuma, seketika bagai sekelip mata.. mungkin tidak akan ditemui lagi bulan mulia ini pada tahun mendatang..hanya DIA penetap aturan..

Sentuhlah dahimu..basahkanlah lidahmu..dengan peluang yang masih ada..Kejarlah..kejarlah..kejarlah lailatul qadar..dengan hati tulus dan ikhlas.. berkatalah.. Ya Allah.. Terimalah..Terimalah..Terimalah..TAubatku ini…Pasti Dia mengetahui..dan kita trus diberkati..

27 RAMADHAN 1430H


..MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD


Saturday, September 12, 2009

SALAM KASIH SAHABAT

Salam Kasih untuk SAHABAT
yang bersusah kerana kesusahanKU,
memberiKU pinjaman
apa yang sukar AKU bayarkan,
memberiKU kefahaman
apa yang dulu AKU keliru.

Salam KASIH untuk SAHABAT,
yang mengajarKU jangan jemu
ilmu tidak tawar oleh ulangan
jiwa tidak luntur oleh sumpahan
salam HORMAT setingginya, SAHABAT
aku kagum pada hujahMU.

AKU pernah tiba pada tempat
di mana pujian murah
cacian juga semakin cepat
AKU pernah tiba pada padang
di mana kebenaran semakin jarang.

Kini kita sudah berpisah
membawa haluan diri
di sini AKU berdiri dengan kaki peribadi sendiri
dan di sana ENGKAU berlabuh,
kini kita sudah berpisah,
pertemuaan singkat denganMU, SAHABAT
menghadiahkan padaKU makna HAKIKAT..

Moga bersua lagi di lebaran ini..insyallah..


Nukilan Adaptasi: DahLan Azmie, KUSTEM (2003-2006)


..MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD

Thursday, August 20, 2009

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR KAMI...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir....tentu siangnya engkau sibuk berzikir... tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu...mendayu..dayu…merayu..rayu…kepada-NYA Tuhan yang satu,

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu solatmu, kau kerjakan di awal waktu..
solat yang dikerjakan…sungguh khusyuk lagi tawadhu’..dgn tabaruq dan tahaluq..
tubuh dan qalbu…seluruh roh solat meresap ke urat-urat sarafmu..bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil…

Menangisi kecurangan janji, “innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin” [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang...
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan
kerana Qalamullah itu bakal mensyafaati mu..menuntunmu dengan erat di mashsyar nanti..

Ya Allah…Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih…berqiamullail…bertahajjud…beriktikaf..
mengadu…merintih…meminta belas kasih dan ihsan, betapa diri ini hina..hati yang dengan penuh titik2 hitam kemaksiatan..meninggalkan segala suruhan, melakukan segala larangan…

“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU...tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir...
tentu dirimu tak akan melupakan malam penuh keagungan, kerahmatan tunduk menyembah IIahi..dengan linangan air mata keinsafan..hangat nian membasah pipi..dicium angin malam menyepi..

maka itu, ikutlah fitrah hati yang sememangnaya inginkan kerahmatan itu..mari kita meriahkan Ramadhan al mubarak kali ini..
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan, kesaktian bagai 83 tahun mendekati mendampingi Rabbul Izzati..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal mempersiapkan zahir dan batin,
mempersiap diri…rohani dan jasmani
tenang apabila di jemputan Malaikatul maut..
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi….
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…paling berseri..bagai purnama menerangi bumi…bagai as-syamshi mengindah bumi menyimbah seluruh pelusok galaksi bima sakti..
menerangi kegelapan hati-hati ini..
menyeru ke jalan menuju keredhaan dan kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal menggembirakan kehidupan kami di akhirat nanti..

Namun Wahai Teman-Teman makhluk ciptaan RABBI…
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui..
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia…meminta belas ihsan dengan penuh keinfasan dan keikhlasan daripada-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir…sampaikanlah.. qiamlah kami pada malam yang dicari-cari..malam indah suci hingga menjelang pagi...malam al-Qadar merumpun murni kasih ILLAHI...

MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD



Thursday, August 6, 2009

SEKUEL ENTRY: PERISTWA BULAN SYABAN

Assalamualikum wa rahmatullahi wa barakatuh para pembaca sekali,

Segala puji bagi ALLAH SWT Tuhan Yang Maha Esa kerana mencipta dan mewujudkan kita semua ke dunia fana ini dengan penuh rahmat dan kasih sayangNYA, dikurniakan anggota badan, pancaindera, zahir dan batin yang baik dan berfungsi dengan sempurna..INSYALLAH. Sememangnya hanya ALLAH jualah yang layak menerima segala puja dan puji, pembuktian melalui pelaksanaan segala apa yang disyariatkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang, INSYALLAH.

Seperti yang saya janjikan pada entry yang lalu, banyak peristiwa besar berlaku dalam bulan SYA'BAN ini. Peristiwa-peristiwa tersebut memberi impak yang besar kepada perkembangan ISLAM umumnya dan UMAT ISLAM khasnya. INSYALLAH, marilah kita lihat beberapa peristiwa yang berlaku pada suatu masa dahulu dalam sejarah ISLAM di bulan SYA'BAN ini.

1. MALAM NISFU SYA'BAN

Jika bulan Rejab kita mempunyai peristiwa pembebasan Baitul-Muqaddis, peristiwa Israj Mi'raj, pada bulan Ramadhan dengan kelebihan Lailatul Qadar, begitu juga dengan bulan SYA'BAN yang padanya dimuliakan satu malam ynag penuh dengan keberkatan iaitu Malam Nisfu Syaban.

Dari Abi Hurairah RA dari NAbi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: " Telah datang Jibril AS pada Malam Nisfu Sya'ban dan dia berkata, "Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tangan mu ke langit!" Rasulullah berkata, " Hai Jibril, apakah erti malam ini ?", Jibril menjawab, " Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka ALLAH telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang ynag suka permusuhan dan pergaduhan, peminum arah, orang -orang yang berbuat zina, pemaka riba, orang yang derhaka kepada ibubapa, orang ynag suka menagdu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak kan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulangi lagi atas perbuatannya itu." MAka pergilah Nabi MUhammad SAW untuk mengerjakan solat serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya ALLAH sesungguhnya aku berlindung kepadaMU dari seksaMU dan MurkaMU dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMU, sebagaimana ENGKAU memuji kepadaMU sendiri, maka segala puji bagiMU sehingga ENGKAU redha." Dipetik daripada KITAB ZUBDATUL WA'IDZIN.

2. PENUKARAN ARAH KIBLAT

PAda awal diwajibkan perintah solat kepada umat ISLAM, RAsulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan BAitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adlah benar dan diredhai oleh ALLAH SWT kerana umat ISLAM telah meniru arah kiblat mereka iaitu mengadap Baitul Muqadis.

Umat ISLAM telah ditohmah dengan berbagia-bagai tohmohan dan ujian. PAra sahabat RA, telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Baginda menyuruh agar bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari ALLAH SWT. ALLAH SWT Maha Mengetahui dan MAha Mendengar tentang apa yang berlaku pada hamba-hambaNYA. ALLAH SWT telah mewahyukan agar RAsulullah SAW mengadap ke BAitullah KAabah.

Sebahagian Ulama' sirah meriwayatkan bahawa RAsulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap kiblat BAitullah itu pada 15 Syaban semasa BAginda mengimamkan solat. Sebahagian Ulama' mengatakan ianya solat Asar, ada yang mengatakan solat MAghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat ISYA'. RAsulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke BAitullah Kaabah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum pada ketika solat itu juga.

3. PEPERANGAN BANI MUSTALIQ (MURAISI')

Bani Mustaliq ialh salh satu puak dari kaum YAhudi. Mereka telah merancanag untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seornag sahabat dari puak Badwi. Peperangan ini adalah urutan dari peperangan Bani Quraizah, kaum YAhudi yang telah dihalau oleh RAsulullah SAW keluar dari Madinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaban, tahun 5 Hijrah. Dalam peperangan ini, kaum Muslimin dapat melumpuhkan pasukan BAni Mustaliq. Sebahagian pasukan Bani Mustaliq ada ynag ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka BAni Mustaliq yaitu BARRAH, yang nama lengkapnya ialah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-HArris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Di sebabkan Barrah ini seorang ynag cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qias, setelah diadakan perbicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui RAsulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian RAsulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi BArrah dan RAsulullah SAW menggantikan nama BArrah menjadi JUWAIRIYYAH. Tindakan RASULULLAH SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat ISLAM ketika itu, diantaranya ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk ISLAM dan terpadamnya dendam permusuhan di antara Bani Mustaliq terhadap umat ISLAM. JUWAIRIYYAH meninggal dunia pada tahun 56H.

Saudara Pembaca Yang Budiman,

Begitulah serba sedikit catatan peristiwa penting yang berlaku dalam bulan SYa'ban yang sedang kita duduki kini yang sempat saya kongsikan untuk sekuel entry ini. Semoga kita sedikit banyak dapat menghayati setiap peristiwa yang berlaku pada bulan-bulan ISLAM kita dengan lebih baik dan sempurna dengan cara mengulang ingat semula peristiwa-peristiwa yang pernah UMAT ISLAM terdahulu tempuhi, InSyallah.

" Bulan itu (Sya'ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekelian Alam, maka aku suka amal ibadah ku dinagkat ketika aku berpuasa (HR An-Nasaie).


MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD




Sunday, July 26, 2009

BULAN SYAABAN BULAN PERSIAPAN MEMASUKI RAMADHAN

Assalamualaikum wbt sahabat-sahahat ku yang dirahmati ALLAH SWT sekalian..

Segala puji bagi ALLAH Taala Tuhan seluruh alam, di mana nyawa anak Adam terletak pada tanganNYA, selawat dan salam dilafazkan kepada junjungan kita NAbi Muhammad SAW, penyeru umat manusia ke arah pengabdian diri kepada ALLAH SWT, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan kepada mereka yang menyeru dakwah hari akhirat. Hari ini tanggal 4 Syaaban, suatu bulan yang menandakan hampirnya kita dengan bulan penuh keberkatan dan kerahmatan iatu Ramadhan tidak lama lagi. Rasulullah SWT menjelaskan bulan ini mengandungi banyak keutamaan dan kebaikan, dengan nilai kebajikan dilipat gandakan bagi mereka yang melaksanakan ibadat atau amal salih dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan..insyallah.

Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi QAis, sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina 'Aishah berkata: " Bulan yang disukai oleh Rasulullah SAW yang mana Baginda SAW berpuasa padanya adalah bulan SYA'BAN kemudian disambung puasa pada bulan RAMADHAN. [Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu DAud, An-NAsaei, Ibn Khuzaimah, Al-BAihaqi dan Al-Baghawi].

Para Sahabat yang budiman,

Setelah berlalunya bulan Rejab, menyusur pula bulan SYA'BAN juga bulan kedua selepas Rejab yang penuh keberkatan. Alim ulama menyatakan bahawa sesungguhnya bulan REJAB adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan SYA'BAN adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan bulan RAMADHAN adlah masa untuk membersih, menerangkan hati dan jiwa.

Antara amalan yang digalakan pada bulan SYA'BAN adalah:

1. Memperbanyakkan Puasa Sunat.
Di dalam kitab Durratun Nasihin, ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa RAsulullah SAW bersabda yang bermaksudnya: " Barang siapa berpuasa 3 hari pada permulaan bulan SYA'BAN, 3 hari pertengahan SYA'BAN dan 3 hari pada akhir SYA'BAN, maka ALLAH Taala mencatat untuknya pahala seperti 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada ALLAH Taala selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang mati SYAHID.

2. Perbanyakan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda RAsulullah yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengagungkan bulan SYABAN, berTAQWA kepada ALLAH, TAAT kepadaNYA serta MENAHAN DIRI daripada maksiat, maka ALLAH Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit". [dipetik daripada kitab Zubdatul Wa'izhin]

3. Banyakkan bertaubat.
Diriwayatkan dari Umamah Al-Bahili RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Manakala masuk bulan SYAABAN, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu". Taubat bukan sahaja suatu method untuk membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat, tetapi ia lebih kepada suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada ALLAH SWT dengan janji tidak mengulangi segala perbuatan tercela seterusnya menjadi pendinding kepada kerosakan akhlak dengan mengharapkan kurnia, taufiq dan hidayah ALLAH sepanjang masa daripada kesesatan tipu daya iblis dan syaitan serta nafsu kejahatan seterusnya memohon keselamatan dari ditimpa musibah, kesusahan dan kesulitan baik ketika di dunia mahupun di akhirat nanti, Insyallah..

Para Pembaca yang dirahmati ALLAH SWT,

Sebenarnya dalam bulan SYAABAN ini, tidak kurang banyaknya juga peristiwa penting yang berlaku. Antaranya, penukaran arah qiblat umat ISLAM dari BAitul Muqaddis ke BAitullah di MAsjidil HAram MEKAH Al-Mukaramah, peperangan Bani Mustaliq (Muraisi') yang membawa kepada pernikahan Baginda RAsulullah SAW dengan Barrah (Juwairiyyah) dari BAni Mustaliq dan Peristiwa Malam NISFU SYAABAN, yang mana 300 pintu rahmat akan dibuka oleh ALLAH SWT pada malam NISFU SYAABAN tersebut. Tapi insyallah, perkara atau peristiwa-peristiwa utama ini akan saya ceritakan dalam entry yang akan datang sebelum malam NISFU SYAABAN nanti, Insyallah..

Akhir khat kali ini, saya ingin berkongsi satu lagi hadis yang bermaksud, "Barangsiapa berpuasa sehari pada Bulan SYAABAN, diharamkan ALLAH SWT tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi teman NAbi YUsuf AS di dalam syurga. Diberikan pahala oleh ALLAH SWT seprti pahala NAbi ALLAH Ayyob AS dan NAbi Allah Daud AS. Jika ida sempurnakan puasanya sebulan bulan SYAABAN, dimudahkan ALLAH SWT atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur dilepaskan daripada huruhara Munkar dan NAkir, ditutup ALLAH SWT keaibannya di Hari KIAMAT dan diwajibkan SYURGA baginya.

Oleh itu, saya menyeru seluruh sahabat dan pembaca entry ini diluar sana marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amal soleh pada bulan ini dengan ikhlas LiLLAHI TAALA. Ayuh! sama-sama kita melipatgandakan amalan kita dalam bulan SYAABAN ini sebagai persediaan kita menghadapi RAMADHAN yang bakal mengunjung tiba, moga-moga kita semua mendapat keampuanan, keredhaan serta kasih sayang dari ALLAH di dunia dan di akhirat..Insyallah, Wallahua'lam.


MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD


Saturday, July 18, 2009

JENDELA ANAK AKHIRAT

Salam Dunia Fana dari mata yang Insyallah memandang dari Jendela Akhirat..

"Jiwa mereka yang sangat cinta mencari akhirat, laksana anak-anak akhirat" kata salah seorang rakan seperjuangan saya yang terus berjihad untuk agama hanif ini..namun ALLAH lebih menyanyangi sahabat saya itu..beliau telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini..hayat beliau telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran Qarim di Darul Quran..Alhamdullilah..sungguh ALLAH sangat merindui dan kasihkan hambanya..tidak dapat saya bayangkan betapa pilu dan sayu bila mengenangkan sumenya..tapi tetap redha dengan ketentuan ALLAH..betapa hebatnya rencana ALLAH tuk hambanya..

Al-Fatihah..moga dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan syahid..insyallah, amin..
Melihat dunia dari jendela akhirat..melihat dunia dgn linangan air mata kerana tipu daya belaka jika terpedaya..sungguh betapa jika dibayangkan sorang anak kecil terkebil2 kelopak matanya yang kecik..mata yang putih melihat sesuatu di depan matanya melalui jendela..suatu ruang yang kecil..yang boleh melihat banyak benda, tapi mungkin belum berdaya untuk keluar melalui pintu gerbang utama, kengkadang anak kecik itu senyum..keriangan, kengkadang menangis.. ketakutan dan kesedihan, melihat pelbagai perkara..

Rasulullah pernah bersabda, " Islam datang dalam keadaan ganjil dan akhir zaman ISLAM juga dalam keadaan ganjil" begitulah lebih kurang kata2 Baginda Rasulullah.

Memang sangat benar Qalam Rasul Junjungan kita itu, jika diselusuri sejarah ISLAM, zaman awal kedatangan ISLAM dipandang sesuatu yang tidak boleh diterima akal..apa tidaknya, masyarakat jahiliyyah zaman itu telah bergelumang dengan arak, zina, bunuh-membunuh, fitnah, rasuah, jual beli yang menindas, tanam anak idup2, bezakan kan anak2 lelaki pompuan..malah Rasul pernah diceritakan diejek dengan gelaran gila, tidak siuman dan mengada2kan cerita dan terkebelakang..kedatangan ISLAM ditentang habis-habisan dek kerana ISLAM bakal mengharamkan semua kerosakan, amalan dan akhlak buruk jahiliyyah yang telah beribu-ribu tahun berdiam dalam adat dan cara hidup mereka.

Hari ini pula dan akhir zaman ini..bila sudah ISLAM bertebaran di serata pelusuk dunia..dan Rasul Junjungan kita sudah kembali kepada ALLAH.. ISLAM dilihat sesuatu yang terkebelakangan..bila ada mereka yang mahu mengajak kepada cara hidup ISLAM, terus terdapat golongan yang memandang serong..katanya ini zaman moden..xperlu tutup2 sangat..buke sket2 baru nampak moden..xpe kluar je, bukan buat ape pun..ala pegi shopping je.. ..orang laen bercouple nape plak tak boleh kite.. huh! bukan xboleh tapi ade kaedah dan method ISLAM kita.

kononnya mereka yang tidak mempunyai speksifikasi ciri-ciri moden ala tahudi nasroni ini perlu disingkirkan..jangan kawan dengan orang yang bersikap konservatif ISLAM dan menolak unsur kemodenan in..kata golongan yang bakal diturunkan bala oleh ALLAH ini..

Subnallah..benarlah kata Rasulullah SAW lagi.." di akhir zaman beruntunglah orang-orang yang dilihat ganjil dan terpencil"..
Insyallah meraka yang mahu mengikuti cara hidup dan akhlak ISLAM dengan ikhlas dan istiqamah pada method yang diredha ALLAH akan dimudahkan segala urusan kehidupan mereka..percayalah..INSYALLAH..!!

**Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)

MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD


Sunday, July 12, 2009

UJIAN DAN DUGAAN ALLAH

Sungguh aku sudah penat melayan karenah..
jiwa, akal, nafsu, hati pada kehambaaan dunia..
Hingga seluruh fokus aku hampir ilang pada sume ini..
aku di tetapkan oleh ALLAH dengan pelbagai dugaan sejak mula bergelar manusia..
sejak 25 tahun lampau..terus dan terus diuji ALLAH..
Dalam masa sama kasih sayang dari ALLAH Taala tidak putus-putus..

Dugaan dan mehna ILLAHi membukti aku hamba yang perlu diperbaiki..
Rohani, nurani, jiwa dan mental..
berangkai hikmah dan rungkaian dari rahmat ALLAH..

Aku pernah diuji semua ini..
Kesenangan dalam kesusahan..kesusahan dalam kesenangan,
Ketenangan dalam keresahan..keresahan dalam ketenangan,
Kebahagiaan dalam kedukaan..kedukaan dalam kebahagiaan,
kecintaaan dalam kebencian..kebenciaan dalam kecintaan,
ketaaan dalam kelalaian..kelalaian dalam ketaatan,
keberanian dalam ketakutan..ketakutan dalam keberanian,
kesedihan dalam keriangan..keriangan dalam kesedihan..

Namun..bila aku muhasabah diri ini..
aku lebih selesa berada dalam kesedihan dan kecintaan..
dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH..
Supaya aku dapat merasakan kesemua yang ditentukan Qadar dan Qada' untuk diri aku dengan penuh ketabahan..

Kekuatan itu Insyallah ada di hati dan iman ini..


MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD

Saturday, July 11, 2009

WARNA DAN KAMU

Emas

# Positif:

Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.

# Negatif: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.

Putih

# Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.

# Negatif: Boros berbelanja

Kuning

# Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.

# Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah.

Merah

# Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.

# Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.

Hijau

# Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.

# Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.

Merah jambu

# Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.

# Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

Coklat

# Positif: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.

# Negatif: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.

Perak

# Positif: Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.

# Negatif: Mudah putus asa dan cepat merendah diri.

Ungu

# Positif: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah.

Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.

# Negatif: Sombong dan sedikit emosi.

Hitam

# Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.

# Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.

Kelabu

# Positif: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.

# Negatif: Cengeng dan agak pemalas

Jingga

# Positif: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.

# Negatif: Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.

Biru

# Positif: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.

# Negatif: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh


Saya tak pastilah sume nie btul ke tak..cume mungkin boleh dijadikan pengetahuan am..yang baik boleh diambil..yang buruk di jadikan sempadan.. insyallah..


MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD

Friday, July 3, 2009

ATAS DASAR APAKAH AKU MENUNTUT ITU MENUNTUT INI

Di atas dasar apakah aku ingin memberontak kepada ALLAH?
Di atas kapasiti apakah aku perlu itu dan bukan ini?
Sememang aku tidak perlu persoal apa yang telah berlaku dan apa yang telah ditentu..
Kerana semua itu sementara dan bakal pergi..

Setiap yang ditentu perlu diinsafi..
mereka yang membangga diri dengan apa yang diberi..
perlu melihat desak hati nurani berkali-kali..
desakan itu sebenarnya runtung sepi sayu dihati.

bangga diri manusia ini sifat keji si kufuri nikmat ILaHi..
dia tidak memandang adakah apa yang diberi pada dirinya itu perlu disyukuri..
tidak..sesekali tidak mereka syukuri..kerana mereka membangga diri..
padahal sekelip mata yang MAHA MeMBERI boleh menarik segala pada diri ini..

Namun..
bila diri ini diuji dengan ujian yang berkontradiksi dengan yang memboleh bangga diri..
ditusuk dengan jelikan suara si membangga diri..
mungkin mereka yang menghadapi segala ujian kontradiksi dengan pembangga diri,
hanya mampu menderita dalam jiwa..
kenapa perlu mereka ini di dunia fana begini?
bukankah semua itu adalah sementara belaka?

konon mengejar itu mengejar ini..menghina itu menghina ini..
sehingga suatu saat hati akan berkata apakah semua ini..
suatu ujian dan ketetapan untuk setiap mereka bergelar manusia?
yaa....itu lah perlu diungkap pada sepertiga akhir malam..

bukan pada ketika sepertiga itu saat untuk meratapi..
tapi untuk diinsafi..kenapa ini dan kenapa ini..kenapa itu dan kenapa itu..
sambil menadah dua telapak tangan yang merah kebasahan dek kerana mengalirnya 'unsur kehambaan..

Ya ALLAH..memang aku telah menganiya diri aku sendiri..
dengan menuntut itu..menuntut ini..
walhal sedikit sekali mensyukuri dengan apa yang pernah diberi..


...MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ IBNU DAUD
INSTITUT IBNU DAUD