Sunday, June 28, 2009

PUJANGGA MOTIVASI


  • Ø Percayalah pada diri sendiri dan janganlah bergantung kepada orang lain. Anggaplah mereka menjadi tanggungan anda dan bukan anda yang menjadi tangggungan mereka dan bahawa ALLAH SWT yang bersama diri anda. Jangan tertipu dengan orang yang selalu berfoya-foya.


  • Ø Sebaik-baik harta yang kamu miliki adalah yang member manfaat, seagung-agung ilmu yang kamu miliki adalah yang mengangat darjat, sebaik-baik rumah adalah yang member kebebesan dan sebaik-baik sahabat adalah yang menasihati kamu.

  • Ø Hindari kata pengandaian “jika…maka nanti akan..”, menangguhkan pekerjaan dan menangguhkan kewajipan. Sebab ini merupakan tanda kegagalan.

  • Ø Berbuat baiklah kepada sesama manusia dan berbaktilah dengan membuat kebaikan kepada semua orang supaya kamu akan mendapat kebahagian daripada menziarahi orang sakit, memberi sesuatu kepada orang yang memerlukan dan mengasihi anak yatim.

  • Ø Jauhilah buruk sangka, bunaglah angan-angan kosong tanpa usaha, khayalan-khayalan yang merosakkan dan fikiran-fikiran yang sakit.

  • Ø Ada 4 perkara kehidupan yang tidak difahami nilainya kecuali oleh 4:

o Nilai Muda tidak diketahui kecuali oleh orang yang telah Tua.

o Nilai kesihatan tidak diketahui kecuali oleh orang yang sakit.

o Nilai sejahtera tidak diketahui kecuali oleh orang yang terkena bala

o Nilai hidup tidak diketahui kecuali oleh yang sudah mati.


  • Ø Terimalah diri kamu seadanya. Suatu hal yang sangat penting adalah proses berfikir yang kamu tempuhi sehingga kamu perlu menentukan bahawa kamu menerima diri mu seadanya, sehingga kamu yang sekali bahawa, kamu berbuat dengan jati diri mu, dengan iman dari Tuhan, hingga kamu tidak mengabaikan kritikan yang mengganggu perasaanmu, yakni sepanjang tetap berada dalam thariq yang benar dengan sentiasa istiqamah untuk membaiki segala kekurangan dirimu. Ini kerana kebahagian itu akan tersisih dengan sendirinya ketika keraguan atau perasaan bersalah itu mengusai ruang fikiran kamu.

  • Ø kegembiraan yang berpunca daripada dunia adalh kegembiraan anak kecil, kegembiraan yang berpunca daripada pujiaan yang baik adalah kegembiraan orang-orang besar, sedangkan kegembiraan yang berpunca daripada apa yang ada di sisi ALLAH SWT adalah kegembiraan para wali dan orang-orang pilihan ALLAH SWT.

  • Ø Punca keresahan dan kesuntukan adalah mengabaikan ALLAH S.W.T, hanya merasa cukup dengan melakukan segala kewajipan asas, tiada usaha menggandakan sunnah, kemungkaran diri tidak diperhalusi malahan terus terasa sebati dengan diri sehinggakan sanggup mempersembahankan hidupnya unrtuk dunia. Diibaratkan orang ynag masuk penjara seumur hidup tidak boleh dikatakan hidup kerana sudah tidak mendatangkan manfaat lagi dan tidak pula mati yang kerana mati itu perlu diumumkan derita kematiaannya.

MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD

Wednesday, June 24, 2009

ALWAYS WITH YOU


I am always with you even when you are far away

your love fills my heart

i am always with you

i am always thinking about you

never forget you for a moment

i miss you even when you are by my side


oh sweetheart


i miss you so much

and want you always before my eyes

i feel so lonely when you are away

even when surrounded by people


i miss you dearly

darling don't go away

i need you near me

you are my first love

with you here i have nothing to fear



Tuesday, June 23, 2009

MENYINGKAP TABIR KESUSAHAN..

Ya ALLAH..

Wahai Dzat yang melapangkan kegelisahan
Wahai Dzat yang menyingkapkan tabir kesusahan
Wahai Dzat yang kepada hamba-Nya begitu mengampuni dan menyayangi

Lapangkanlah kegelisahan-kegelisahan hamba Mu ini..Singkapkanlah tabir kesusahan-kesusahan hamba Mu ini..Belas kasihanilah hamba Mu ini..Ampunilah dosa-dosa hamba Mu ini..Lenyapkanlah kesulitan kesedihan hamba Mu ini


Wahai ALLAH..Tuhan semua manusia…
Yang menghapuskan kesalahan-kesalahan
Capaikanlah segala maksud tujuan baik ku..
Wahai Dzat yang Maha Pemberi anugerah
Dari segala bala, cubaan dan dugaan kehidupan
Jauhkanlah langkah-langkah kakiku mencariMu..menyusuri sunnah NAbiMU

Dengarkanlah seruan hamba
Satukanlah hati ku.. mohon pertautkanlah
Dengan cinta yang suci bersih
Kepada Rasulullah hambaMU ‘Pembawa’ millah
Agama yang lurus cenderung kepada hasanah
Wahai yang menunjukkan rahmat dan kasih sayang
Terimalah.. dari kami sebaik-baik penghormatan dan kedamaian
Kami mohon syafaat pada hari kiamat..

YA ALLAH PANDANGLAH DAKU DENGAN PANDANGAN RAHMAT DAN EHSANMU..

...AMIN...

MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD

Sunday, June 21, 2009

HAK KITA ADALAH HAK ORANG LAIN.

Assalamualaikum wbt para pembaca sekalian..

Alhamdulillah kita masih dikurnia ALLAH Taala kesempatan untuk mendiami alam fana ini sehingga saat ini dengan segala rahmat kurnia dan kasih sayangNYA. Selayak-layak rasa kesyukuran hendaklah dipanjatkan kehadirat ILAHi kerana, mewujudkan kita ke dunia dengan penuh kesempurnaan zahir dan batin, kecukupan anggota tubuh badan, kerahmatan atas pilihanNYA untuk kita menganuti agama ISLAM, di atas rahmat IMAN, rahmat EHSAN, rahmat KESIHATAN dan rahmat REZEKI yang melimpah ruah.

Sebagai Hamba bergelar manusia se-WAJIB-nya kita bersyukur atas semua itu, dengan membuktikan rasa kesyukuran melalui perlaksanaan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang.

Sesungguhnya ALLAH itu sangat luas nikmatnya kepada orang-orang yang bersyukur, dan sangat berat lagi dahsyat kemurkaan dan seksaanNYA bagi meraka yang ingkar serta kufur!

Firman ALLAH SWT dalam Kitabihi A'ziz yang bermaksud,

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim, ayat 007)

Pembaca yang budiman,

Kali ini saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit panduan mengenai Rukun Islam Ke-4 iaitu mengenai ZAKAT. Zakat sememang penting dalam membantu meningkatkan sosio-ekonomi umat ISLAM supaya antara kita dapat merasakan nilai rasa kasih sayang dan saling memerlukan dapat terus disuburkan seterusnya membawa kepada kemajuan UMAT.

Di sini saya kongsikan serba sedikit tentang zakat yang mana mungkin boleh membantu kita untuk lebih memahami suruhan ALLAH ini seterusnya menggerakkan hati-hati kita untuk mengeluarkan zakat seperti mana disyariatkan.

Definisi syarak:


Kadar harta yang tertentu, diberikan kepada orang tetentu dengan syarat-syarat tertentu.


Dalil Quran:


Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah dengan sengaja kamu memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu mendermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan menganbil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. (Al-Baqarah, Ayat 267)


Harta yang wajib dibayarkan zakat:


EMAS DAN PERAK


Kategori emas yang diwajibkan zakat:

· Emas yang dipakai melebihi 200 g (uruf). Kadar zakat adalah 2.5 % atas nilai yang melebihi uruf tersebut.

· Emas yang disimpan menyamai atau melebihi 85 g. Kadar zakat adalah 2.5 % atas keseluruhan nilai emas tersebut

· Perak yang menyamai atau melebihi 595 g. Kadar zakat adalah 2.5 % atas keseluruhan nilai perak tersebut.


WANG SIMPANAN


Jenis wang simpanan yang dikenakan zakat:


1. Simpanan Tetap

Zakat 2.5 % daripada keseluruhan simpanan tersebut.


2. Simpanan Biasa

Zakat 2.5 % dari nilai terendah (cukup nisab) dalam tempoh setahun simpanan tersebut.


3. Simpanan KWSP/LTAT

· Zakat dikenakan sebaik sahaja simpanan KWSP/LPAT itu dikeluarkan (serta merta)

· Kadar zakatnya adalah 2.5 % dari jumlah yang dikeluarkan (jika menyamai atau melebihi nisab)


PERNIAGAAN


Kadar permulaan nisab zakat bagi zakat perniagaan:


Mengikut kadar nilai harga emas yang beredar pada sesuatu masa, kadarnya ialah sebanyak 20 mithqal atau 85 g emas atau 25 mayam dan 2.71 saga


Jenis perniagaan yang layak dikenakan zakat:


Ada Penyataan Kewangan

Aset Semasa (-) Liabiliti Semasa (+/-) Pelarasan x Peratusan Milik Muslim x 2.5 %


Tiada Penyata Kewangan


Bagi perniagaan yang tidak mempunyai stok seperti kedai makan atau restoran, asas pengiraannya adalah 2.5 % dari keuntungan kasar setahun operasi.


Bagi perniagaan yang mempunyai stok barangan seperti kedai runcit dan seumpama dengannya, asas pengiraan adalah 2.5 % dari Aset Semasa Bersih (Aset Semasa: stok, hutang pelangan yang dijamin bayarannya serta wang di bank dan di tangan tolak tanggungan semasa: hutang kepada pembekal dan kos operasi belum bayar)


TERNAKAN


Nisab ternakan yang layak dizakatkan:

Lembu/Kerbau : 30 ekor

Kambing/Biri-biri : 40 ekor

Unta : 5 ekor


TANAMAN DAN BUAHAN

· Tanaman yang berbentuk bijian, seperti padi, gandum gandum, jagung dan sebagainya yang menjadi bahan makanan asasi yang mengenyangkan.

· Buah-buahan yang mengenyangkan dan tahan lama seperti tamar dan anggur.

· Dikenakan zakat sekiranya hasil tanaman itu mencapai atau melebihi 400 gantang atau 967.66 KG~1000 kilogram (KG)

· Tanaman yang menggunakan tenaga manusia atau selainnya seperti binatang dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak, maka zakatnya ialah 5 %

· Bagi tanaman yang menggunakan aliran hujan atau aliran air secara semula jadi, maka kadar zakatnya ialah 10 %.



PENDAPATAN/PENGHASILAN


Pendapatan yang wajib dizakatkan:

· Pendapatan atau perolehan yang diperoleh seseorang melalui sumber-sumber yang sah dan halal. Contohnya: GAJI, ELAUN, BONUS, PENCEN, UPAH HASIL SEWA, GRATUITI dan lain-lain.


Penghasilan yang diwajibkan zakat:

· Hasil ladang getah

· Hasil ladang sawit

· Hasil pertaniaan – selain padi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain.

· Hasil ternakan- selain lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta seperti ayam, itik, ikan dan lain-lain.


SAHAM


Jenis-jenis saham yang dikenakan zakat:


1. Saham yang masih dimiliki sehingga hujung haul.

· Saham berbentuk simpanan seperti Saham ASB, Saham ASN, Saham Amanah, sijil-sijil premium dan lain-lain. Kadar zakatnya 2.5 % atas nilai terendah dalam tempoh setahun.


2. Saham yang dijual beli sepanjang haul

· Saham berbentuk jual beli (trading) seperti Saham Telekom, Saham TNB, Saham Petroleum dan lain-lain. Kadar zakatnya 2.5 % atas nilai saham pada akhir tahun tarikh haul.


HARTA RIKAZ


Definisi syara’:


Ialah harta benda yang berupa emas-perak dan sebagainya yang dijumpai tertanam di dalam perut bumi, hasil dari peninggalan orang-orang yang terdahulu, padanya tidak terdapat tanda-tanda yang ianya kepunyaan orang-orang Islam.


Kadar zakat rikaz:

1/5 dari jumlah harta tersebut yang wajib dikeluarkannya dengan segera tanpa kiraan haul.

Syarat wajib zakat rikaz:


1. Islam

2. Merdeka

3. Sampai Nisab: bagi emas 20 mithqal atau 85 gram, bagi perak 200 dirham atau 624 gram.


** PERHATIAN:

Permulaan nisab bagi matawang dan harta perniagaan adalah mengikut kadar harga/nilai turun atau naiknya harga emas bagi sesebuah negari/negara.


Rujukan:
1. Pusat Zakat Selangor
2. Buku Pengajian Al-Fiqh Al-Wadhih
3. Al-kitab Syariah Islamiah
4. Al-Kitab Al-Quran As-Sunnah.

Semoga sedikit usaha ini dapat membantu saudara saudari sekalian dalam memuhasabah diri tentang zakat. Yang penting adakah apa yang kita miliki hari ini sudah dikeluarkan zakat sebagai mana yang telah ditetapkan ISLAM. Waallahu'alam.


.MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD


Wednesday, June 17, 2009

INSAN ITU TIADA LAIN DARI KELALAIAN

Tidaklah dinamakan Insan

Melainkan kerana kelalaian

Sepanjang hayatnya loba mencari

Tapi tidak dimengerti apa yang ditemui

Dalam perjalanan

Ialah pemburu menjejak bayang

Fatamorgana kelihatan fana menghilang


Siapakah benar bersedia dengan kepastian

Melainkan tiba masa

Semuanya berkesalan

Tanyalah pada yang hampir pergi

Adakah dengan umurnya memada?

Melainkan di wajahnya terbayang harapan

Hayatnya mohon ditangguhi

Kerana keluarga, harta dan kasih sayang

Sauh hidup yang sukar dibungkari

Padahal diketahui semuanya nisbi


Insan itu amat cinta pada kesementaraan

Seribu tahun kalau diberi belum kecukupan

Kepastian menjelang, mohon lagi ditangguhkan

Kesal datang berulang lagi

Tiada guna ditangisi tempahan amalan

Insan itu tiada lain dari kelalaian


Tempahan sememangnya suatu yang tidak kepastian

Dek kerana sifat bertangguhan

Dalam mencari dasar keimanan..

Apakah sebenar dasar itu?

Dasar itu mencari Tuhan..

Insan itu tiada lain dari kelalaian



..MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD

Monday, June 15, 2009

AKU KOSONG..AKU DISAPA...

KENGKADANG AKU HILANG PEDOMAN..
APAKAH PENGISIAN HIDUP INI SEBENARNYA..
ILMU? AMAL?
ILMU YANG BAGAIMANA?
AMAL YANG TAHAP MANA?

ADAKAH AKU SUDAH MEMBEKALI DIRI DGN ILMU?
ADAKAH IANYA BERBEKAS DI HATI INI..?
SEHINGGA IA BOLEH AKU RUTINKAN SEBAGAI AMAL?

SEMUA INI SETIA SENTIASA BERPUTAR LIGAT DI DALAM DIRI INI..
BIAR MUNGKIN AKU NAMPAK DALAM KEADAAN ORBIT TENANG..
NAMUN BILA MALAM DATANG..
TERUS ORBIT HATI INI BAGAI DI SAPA TUHAN..

SAPAAN YANG TERUS AKU BERATAKAN..
BILA MALAM MELABUH TERUS KE HENING PAGI..
BAGAI AKU DAPAT DENGAR GURISAN PENA KALAM..

BETAPA AKU INI KOSONG!!
APAKAH INI SEMUA TANDA ALLAH SEDANG MENEGUR KU?
YANG BERMAHARAJA ALPA DAN HANYUT...TAK INGAT ARAH TUJU..!!
PERNAHKU DIKHABARKAN..
MUHAMMMAD AL-MUSTAFFA "MENGETUK" PINTU ILAHI
SETIDAK-TIDAKNYA 40 KALI SEHARI..
TAPI AKU..BILA DISAPA BARU TERQIAM..

CESSS..!!!WAHAI NAFSU DURJANA BERTABIRKAN SYAITAN YANG HINA ..
TELAH ENGKAU LAYARI DIRI INI..SEKIAN LAMA..
MEMANG TIDAK MUDAH MENUNDUKKAN ENGKAU SI DURJANA..
TAPI..
JIWA KOSONG INI AKAN AKU PENUHI DENGAN
ILMU DAN AMAL SEJATI..

YA ALLAH..
YA TUHAN KU..
GETARKANLAH SETIAP SAAT DENYUT NADI HATI KU..
SUPAYA AKU SENTIASA TERISI DENGAN ILMU DAN AMAL..
ILMU DAN AMAL YANG MENDEKATI AGAMA KUDUS MU..

AKU BERBICARA DALAM AKU DISAPA...



...MAHBUB MARDHATILLAH...
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD
INSTITUT IBNU DAUD

Sunday, June 14, 2009

PESAN ROH KEPADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :


"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".


Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :


"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".



Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :


"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".


Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.



Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :


"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:


"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.


Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:


Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."



Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.


Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:


Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."


Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."


Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.



Abu BakarR.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu BakarR.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.


2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.


3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.


4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.


5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.


6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.


7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.


2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.



..MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD