Tuesday, June 2, 2009

BAB PERBAHASAN BUKAN MUSLIM MEMASUKI MASJID

Sebahagian orang Islam terlalu keras mencegah orang bukan Islam memasuki masjid. Malah memasuki masjid untuk meletakkan kereta pun dianggap sebagai kesalahan dalam agama. Contohnya ada individu Muslim yang marah dan bising jika ada bukan muslim masuk ke dalam persekitaran masjid walaupun hanya untuk melintas menuju ke rumahnya. Mereka beranggapan seolah-olah bukan muslim ini boleh mengotorkan masjid.

Dalam al-Quran, terdapat larangan bagi non-muslim untuk memasuki Masjidilharam. Firman ALLAH yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya orang musyrik adalah najis maka janganlah mereka menghampiri MAsjidilharam selepas tahun ini. (surah al-Taubah, 28)

Berdasarkan ayat ini, ada ulama mengumumkan ia merujuk kepada semua masjid. Namun beberapa peristiwa pada zaman NAbi SAW menunjukan keharusan bukan muslim memasuki masjid.

Antara peristiwa keharusan yang diceritakan:

1. Thumamah Ibn Uthal: Ditawan di Masjid Semasa Kafir

Dilaporkan seorang tawanan bernama Thumamah Ibn Uthal pernah diikat pada tiang Masjid sebelum dia memeluk ISLAM. Imam Bukhari meletakkan tajuk ‘bab orang musyrik masuk masjid’. Hadis sahih ini tercatat dalam Sahih al-Bukhari dlam kitab solat (no. hadis 462 dan 469)



2. Kristian Tinggal di Dalam Masjid

Terdapat juga riwayat menunjukkan rombongan Kristian tinggal di dalam masjid ketika bertemu Nabi SAW. Perkara sama juga dinyatakan penulis Fih Sirah, Dr. Ramadhan Al-Buti (Rujuk Fikah Sirah. Halaman 316)



Walau begitu, hendaklah bukan Islam diperingatkan agar menghormati masjid. Mereka perlu menutup aurat dan tidak memakai seluar pendek ataupu skirt ketat. Kini, pakaian khas antara jubah disediakan untuk pelancong-pelancong bukan Islam. Ini adalah kerana selaras dengan zahir perintah ALLAH dalam firmanNYA yang bermaksud:

Wahai anak Adam! Ambillah perhiasan kamu (menutup aurat) setiap kali memasuki masjid (solat). (Surah al-A’raf: 31)

Maka hukum HARUS bukan muslim memasuki masjid jika bertujuan baik. Contohnya mereka ingain mendengar syarahan agama, melihat cara solat umat ISLAM, mengadakan dialog dan sebagainya.

Selain itu, tujuan bukan ISLAM masuk ke dalam masjid juga perlu memenuhi kehendak syarie . Jika mereka sekadar hendak bermalam, makan minum dan sebagainya, mereka seharusnya mencari hotel atau restoran untuk tujuan itu.


Dalam suasan biasa, bukan ISLAM dibenarkan masuk mengikut adab untuk memasuki masjid. Contohnya jika terdapat masjid jamuan sempena hari raya, alangkah eloknya jika bukan ISLAM setempat dijemput hadir. Jika ada ceramah agama atau forum agama alangkah moleknya jika masyarakat bukan ISLAM dijemput bahkan disediakan tempat khas untuk mereka sekaligus pendekatan dakwah mendekatkan mereka kepada ISLAM, insyallah.



Walau bagaimanapun, UMAT ISLAM perlu yakin bahawa hanya orang beriman layak memakmurkan masjid atau rumah ALLAH. Firman ALLAH yang bermaksud:

Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka. Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (Surah al-Taubah, 17-18).

Jika ada permasalahan tentang ISLAM, bukan ISLAM boleh datang berjumpa Ulama dan Imam Masjid dipejabat.

Perlu di ingatkan dan satu hal yang pasti, kawasan lapang atau tempat pakir kereta ialah kawasan yang boleh dilalui oleh non-muslim. Maka adalah harus jika ada masjid keramaian, pameran dan sebagainya di kawasan perkarangan masjid dihadiri oleh non-Muslim.

Oleh itu secara umumnya dalam pandangan mazhab syafie yang kita amalkan di Malaysia tercinta ini, hukum Non Muslim memasuki masjid selain masjidilharam adalah HARUS dengan ADAB-ADAB yang terjaga dan antaranya mendapat keizinan pengurusan masjid/surau dan umat Islam, Allahu 'Aklam.


…MAHBUB MARDHATILLAH…
“ISLAM IS OUR WAY OF LIFES”
Dahlan Azmie Hamiz Darwisy Ibnu Daud, Gerakan Pena Emas, Institut Ibnu Daud

2 comments: