Sunday, July 26, 2009

BULAN SYAABAN BULAN PERSIAPAN MEMASUKI RAMADHAN

Assalamualaikum wbt sahabat-sahahat ku yang dirahmati ALLAH SWT sekalian..

Segala puji bagi ALLAH Taala Tuhan seluruh alam, di mana nyawa anak Adam terletak pada tanganNYA, selawat dan salam dilafazkan kepada junjungan kita NAbi Muhammad SAW, penyeru umat manusia ke arah pengabdian diri kepada ALLAH SWT, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan kepada mereka yang menyeru dakwah hari akhirat. Hari ini tanggal 4 Syaaban, suatu bulan yang menandakan hampirnya kita dengan bulan penuh keberkatan dan kerahmatan iatu Ramadhan tidak lama lagi. Rasulullah SWT menjelaskan bulan ini mengandungi banyak keutamaan dan kebaikan, dengan nilai kebajikan dilipat gandakan bagi mereka yang melaksanakan ibadat atau amal salih dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan..insyallah.

Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi QAis, sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina 'Aishah berkata: " Bulan yang disukai oleh Rasulullah SAW yang mana Baginda SAW berpuasa padanya adalah bulan SYA'BAN kemudian disambung puasa pada bulan RAMADHAN. [Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu DAud, An-NAsaei, Ibn Khuzaimah, Al-BAihaqi dan Al-Baghawi].

Para Sahabat yang budiman,

Setelah berlalunya bulan Rejab, menyusur pula bulan SYA'BAN juga bulan kedua selepas Rejab yang penuh keberkatan. Alim ulama menyatakan bahawa sesungguhnya bulan REJAB adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan SYA'BAN adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan bulan RAMADHAN adlah masa untuk membersih, menerangkan hati dan jiwa.

Antara amalan yang digalakan pada bulan SYA'BAN adalah:

1. Memperbanyakkan Puasa Sunat.
Di dalam kitab Durratun Nasihin, ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa RAsulullah SAW bersabda yang bermaksudnya: " Barang siapa berpuasa 3 hari pada permulaan bulan SYA'BAN, 3 hari pertengahan SYA'BAN dan 3 hari pada akhir SYA'BAN, maka ALLAH Taala mencatat untuknya pahala seperti 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada ALLAH Taala selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang mati SYAHID.

2. Perbanyakan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda RAsulullah yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengagungkan bulan SYABAN, berTAQWA kepada ALLAH, TAAT kepadaNYA serta MENAHAN DIRI daripada maksiat, maka ALLAH Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit". [dipetik daripada kitab Zubdatul Wa'izhin]

3. Banyakkan bertaubat.
Diriwayatkan dari Umamah Al-Bahili RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Manakala masuk bulan SYAABAN, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu". Taubat bukan sahaja suatu method untuk membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat, tetapi ia lebih kepada suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada ALLAH SWT dengan janji tidak mengulangi segala perbuatan tercela seterusnya menjadi pendinding kepada kerosakan akhlak dengan mengharapkan kurnia, taufiq dan hidayah ALLAH sepanjang masa daripada kesesatan tipu daya iblis dan syaitan serta nafsu kejahatan seterusnya memohon keselamatan dari ditimpa musibah, kesusahan dan kesulitan baik ketika di dunia mahupun di akhirat nanti, Insyallah..

Para Pembaca yang dirahmati ALLAH SWT,

Sebenarnya dalam bulan SYAABAN ini, tidak kurang banyaknya juga peristiwa penting yang berlaku. Antaranya, penukaran arah qiblat umat ISLAM dari BAitul Muqaddis ke BAitullah di MAsjidil HAram MEKAH Al-Mukaramah, peperangan Bani Mustaliq (Muraisi') yang membawa kepada pernikahan Baginda RAsulullah SAW dengan Barrah (Juwairiyyah) dari BAni Mustaliq dan Peristiwa Malam NISFU SYAABAN, yang mana 300 pintu rahmat akan dibuka oleh ALLAH SWT pada malam NISFU SYAABAN tersebut. Tapi insyallah, perkara atau peristiwa-peristiwa utama ini akan saya ceritakan dalam entry yang akan datang sebelum malam NISFU SYAABAN nanti, Insyallah..

Akhir khat kali ini, saya ingin berkongsi satu lagi hadis yang bermaksud, "Barangsiapa berpuasa sehari pada Bulan SYAABAN, diharamkan ALLAH SWT tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi teman NAbi YUsuf AS di dalam syurga. Diberikan pahala oleh ALLAH SWT seprti pahala NAbi ALLAH Ayyob AS dan NAbi Allah Daud AS. Jika ida sempurnakan puasanya sebulan bulan SYAABAN, dimudahkan ALLAH SWT atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur dilepaskan daripada huruhara Munkar dan NAkir, ditutup ALLAH SWT keaibannya di Hari KIAMAT dan diwajibkan SYURGA baginya.

Oleh itu, saya menyeru seluruh sahabat dan pembaca entry ini diluar sana marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amal soleh pada bulan ini dengan ikhlas LiLLAHI TAALA. Ayuh! sama-sama kita melipatgandakan amalan kita dalam bulan SYAABAN ini sebagai persediaan kita menghadapi RAMADHAN yang bakal mengunjung tiba, moga-moga kita semua mendapat keampuanan, keredhaan serta kasih sayang dari ALLAH di dunia dan di akhirat..Insyallah, Wallahua'lam.


MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD


No comments:

Post a Comment