Thursday, May 19, 2011

EPILOG CERITERA DALAM MONOLOG AKSARA JIWA

Orang yang hanya merasakan bahawa masalahnya sahaja yang besar, peranannya sahaja yang penting dan bebannya sahaja yang berat sebenarnya seorang yang EGO.

Aneh sekali peraturan ALLAH Taala, kadang-kala cara menyelesaikan masalah kita adalah dengan menyelesaikan masalah orang lain. Kaedah meringankan beban sendiri adalah dengan berkongsi menanggung beban orang lain. Dan kerapkali DOA kita akan dimakbulkan oleh ALLAH SWT apabila kita mendoakan orang lain.

Jangan nafikan HAKIKAT ini, sebaliknya praktikkanlah. Lakukanlah kepada mereka yang hampir dengan kita.

Cumanya, sayang..set minda sebegini baiknya, kekadang tercalar oleh sikap CURIGA segelintir pihak atau individu. Rasa simpati dan keinginan untuk memahami dan membantu dimusnahkan oleh prasangka. Makanya, hati ini selalu bimbang kalau-kalau kebaikan diekploitasi melalui pelbagai cara dan usaha, KETULUSAN kita dimanupulasi, maka kemungkinan besar hati enggan menghantar gelombang yang positif lagi pada kesempatan yang mendatang. Maafkan diri ini..






Sumber idea: Bahan bacaan Majalah Solusi


..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD

2 comments:

  1. kadang-kala cara menyelesaikan masalah kita adalah dengan menyelesaikan masalah orang lain. Kaedah meringankan beban sendiri adalah dengan berkongsi menanggung beban orang lain. Dan kerapkali DOA kita akan dimakbulkan oleh ALLAH SWT apabila kita mendoakan orang lain. ~ terbaek ^^

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Thanks kerana menziarah blog teman..
    Ahlan wa sahlan 'allaeyk..:)

    ReplyDelete