Monday, February 9, 2009

Air mata membasahi sajadah

Pada detik ini, akan aku harungi satu penghidupan baru yang akan meninggalkan lipatan lama yang penuh dengan ranjau duri, hamparan kesengsaraan, lautan penderitaan dan pergunungan kehancuran. Kegagalan, kesedihan telah menjadi hak mutlak perjalanan hidup ku…

Kehidupan ini seumpama mencari tanah kuburan bagiku. Keperitan adalah sebahagian nafasku. Penyiksaan adalah urat leher ku. Tangisan air mata sudah tidak bermakna lagi walaupun untuk menyatakan hak di ketika ini. Namun… pada hari ini juga, aku telah menemui apa yang di cari untuk sekelian lamanya.

Aku bukan diciptakan untuk menjadi insan yang mudah ditundukkan kecuali hanya pada yang Esa. Bukan juga seperti layang-layang yang setiap masa ditarik talinya kerana penghidupan seperti ini bukanlah hakikat hidup yang sebenarnya.. Kini aku pasrah untuk menempuh, merempuh dan berenang segala lautan api dan ribut petir melanda!.

Selagi roh masih bersemadi di jasad ini , selagi itulah aku bertekad agar tidak berganjak dengan erti hidupku.. Ya Allah hanya kepada Mu sahajalah tempat aku bergantung .Di kala ini, tiada lagi sahabat, ibu dan ayah serta kekasih yang dapat diadukan. UjianMu ini terlalu berat untuk aku tanggung...berikanlah sedikit kekuatan dan kesabaran untuk aku menghadapinya dan ku pohonkan sedikit keringanan bagi ujian Mu ini.

Namun, kiranya ini sudah menjadi ketentuanMu maka tidak layak bagi aku memperkatakannya, aku redha, pasrah kerana diuji. Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana kagum akan kehebatan Allah SWT, Ya Allah! aku bersyukur di setiap keheningan malam..Engkau masih memberi kekuatan padaku untuk berdiri di kala insan lain sedang nyenyak tidur dalam dakapan.

Engkau Maha Mengetahui Ya Allah bahawa diketika itu, ada insan fakir yang sedang menunggu dua pertiga malam untuk mencintaiMu. Di setiap keheningan malam juga biarlah air mata menjadi saksi memasahi sejadah kerana air mata yang mengalir itu sebenarnya bukan untuk meratapi dunia…..

Ya Allah...Hamba Mu ini adalah hamba yang benar-benar fakir...kiranya aku mohon padaMu Ya Qadhzi Rabbul Jalil Allah Azzawajalla...engkau utuskanlah para Malaikat Mu untuk mengawasi setiap gerak geri dan gerak hati Ku supaya aku sentiasa rasa aku diawasi oleh MU.. Ku Ucapkan selamat datang kepada MalaikatMU yang bertugas malam dan siang untuk diriku, selamat datang kepada dua Malaikat pencatat yang Mulia, tuliskan dalam catatan amalku sesungguhnya aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang lain melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu hamba dan RasulNYA, aku naik saksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, qalam itu benar. Aku naik saksi bahawa kiamat itu benar dan pasti datang tidak diragukan lagi..Allah akan membangkitkan hamba-hambaNYA dari Barzakh..Ya Allah, aku simpankan di sisiMU kesaksian ini untuk hari yang aku perlukan kepadanya..Ya Allah..simpankanlah dengan amalan, ampunkanlah denganya akan dosa-dosaku..beratkanlah dengannya akan timbangan amalanku yang baik..dan aku mohon padaMU agar dengannya engkau capaikan cita-citaku dan perkenankanlah untukku...Ya Allah yang sangat pemurah...
Ya Allah..pilihlah untukku akan sesuatu yang mengandungi kebaikan dalam urusan agama dan duniaku..dengan rahmatMU..wahai Yang MAha Pengasih di antara seluruh yang pengasih..AMIN...

No comments:

Post a Comment