Thursday, May 19, 2011

EPILOG CERITERA DALAM MONOLOG AKSARA JIWA

Orang yang hanya merasakan bahawa masalahnya sahaja yang besar, peranannya sahaja yang penting dan bebannya sahaja yang berat sebenarnya seorang yang EGO.

Aneh sekali peraturan ALLAH Taala, kadang-kala cara menyelesaikan masalah kita adalah dengan menyelesaikan masalah orang lain. Kaedah meringankan beban sendiri adalah dengan berkongsi menanggung beban orang lain. Dan kerapkali DOA kita akan dimakbulkan oleh ALLAH SWT apabila kita mendoakan orang lain.

Jangan nafikan HAKIKAT ini, sebaliknya praktikkanlah. Lakukanlah kepada mereka yang hampir dengan kita.

Cumanya, sayang..set minda sebegini baiknya, kekadang tercalar oleh sikap CURIGA segelintir pihak atau individu. Rasa simpati dan keinginan untuk memahami dan membantu dimusnahkan oleh prasangka. Makanya, hati ini selalu bimbang kalau-kalau kebaikan diekploitasi melalui pelbagai cara dan usaha, KETULUSAN kita dimanupulasi, maka kemungkinan besar hati enggan menghantar gelombang yang positif lagi pada kesempatan yang mendatang. Maafkan diri ini..






Sumber idea: Bahan bacaan Majalah Solusi


..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD

Saturday, May 14, 2011

PUISI CINTA

Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar..namun jika cintaku datangi, aku jadi malu pada keterangan ku sendiri.

meskipun lidah ku telah mampu menguraikannya, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.

kata-kata pecah berkeping-keping..begitu samapai kepada cinta, dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tidak berdaya..bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..

cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

[Ketika Cinta Bertasbih]


Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
[Surah At-Taubah 9;24]







..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD

Sunday, May 8, 2011

BUAT MU SAHABAT


~Adaptasi dari sebuah puisi

..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD


Monday, September 27, 2010

KAFFARAH DI SYAWAL YANG DISYUKURI

[29 Ramadhan 1431H/Rabu]: Bergerak balik dari UPM ke Darul Iman. Perjalanan dari 7.30am - 4.00pm lebih kurang la..

[30 Ramadhan 1431H/Khamis]: Cari barang2 skit tuk Hari Raya, belilah apa yg patut tuk mak buat beberapa juadah raya, tp yg penting nasi dagang mesti ada pada hari raya 1..alhamdulillah sempat beli seperti dirancang.

[1 Syawal 1431H/Jumaat]: Pagi raya, Solat Aidilfitri di masjid Sultan kat kampung. Lepas solat, berbondong2lah sanak saudara datang rumah, rumah saya rumah ditapak rumah keluarga utama (tok dan tokki), ditambah pula mak saya anak yang kedua tertua dari 7 beradiknya yang ada dari 14 beradik semuanya, makanya tersangatlah ramai yang datang. Memang...xleh ke mana2 ari raya per-1. Memang dh dijangka seperti tahun2 sudah..2 bekas besar tuk air, satu air sirap + air kosong di sediakan awal, di biarkan saja atas meja-seft-services to all my relatives. Lepas asar semua kepenatan..dapat la lelap jap..

[2 Syawal 1431H/Sabtu]: Beraya sebelah umah abah plak..situasi agak berbeza sbb dh hari kedua..tp still penat xilang lagi..penat balik dr UPM pun still dlm badan..huhu..tp diceriakan oleh adik dan anak2 buah..adik sy bgtahu, adik: " abang, adik beli laptop", aku: "nk beli labtop? ada ckup duit ke?" Adik: adik, nk simpan duit yg abah bg tuk belanja hari2..xpe la lambat dpt labtop pun.." Aku: (Senyum)..ambik o'hh duit raya, simpan wat beli labtop"...

[3 Syawal 1432H/Ahad]: Pg beraya umah atok dan nenek sedara belah mak kat Dungun...huh..memang byak dugaan..Terengganu ku yg panas..jalannya yg jam..sehari suntuk beraya 3 umah kat Dungun..ari ke-3 nielah 'turn point' demam nk datang bertandang..yea..selamat datang Demam yg sgt2 menguji kesabaran dan keimanan.

[4 Syawal 1432H/Isnin]: Sebelah malam ari yg pg Dungun tue, sy xleh tido, satu badan sakit2, lengoh2..memang xthu dan abis gaya tido dh di cuba xmahu lelap2 mata jie..belakang, peha, betis, kaki, leher, dan kepala sakit yg amat sangat..bila siang 4 syawal, badan ok skit..pg raya umah atok2 sedara yang lain plak, adik2 nenek saya, 3 orang lagi yg masih ada..

[5 Syawal 1432H/Selasa]: Malam tue sakit badan dan sekali dgn demam singgah..sgt panas, smpai beli CoolFever+ada 3 Ulcer kat dalam tekak, bila telan air kosong terasa cam telan tulang, sakitnya..pastu malam tue, pegi klinik Homeopathy pakcik, katanya kene Demam urat panas masuk ke badan..saya memang jenis yg xsuka pegi klinik ubat moden nie, selain hnaya pg klinik Homeopathy kecuali kes2 tertentu/berat.

[6 Syawal 1432H/Rabu]: Semua aktiviti beraya Off, cancel suma plan tuk beraya umah2 cikgu, ustaz, ustaz, kengkawan..memag xleh bergerak..kepala sakit sangat2..badan panas sejuk, sgt letih..2 kali solat nk tumbang..nk pitam..member2 datang umah melawat, pakcik2, makcik2, abang datang tolong urutkan badan sbb demam yg menyerang sehingga lenguh stu badan, terpancar kasih sayang antara kami, memang terasa seperti mereka sgt menyanyangi diri ini..alhamdulillah syukur pd ALLAH, di kurnia keluarga yg penuh mahabbah..

[7 Syawal 1432H/ Khamis]: berehat sepanjang hari, solat duduk dah xleh berdiri, nk terbalik..

[8 Syawal 1431H/Jumaat]: Terpaksa akur dgn ujian ALLAH..pg klinik swasta abis RM60 tuk ubat2..rasa cam..tahu nk cakap..huhu..;( stiap kali solat kene duduk..memang dh xleh nk berdiri lama2, kaki kebas..trasa cam kebas kaki klu kita bangun dari tido.

[9,10,11,12 Syawal 1431H (Sabtu, ahad, isnin, selasa)]: Asalnya sy plan balik UPM adalah hari Ahad, tp rancangan ALLAH maha Hebat..tpnya terpaksa duk umah lagi..g mengurut satu badan betul2kan urat2 yg terkejut sebb demam kuat..

[13 Syawal 1431H/ Rabu]: Alhamdulillah demam dah ok skit, tp badan still lagi lenguh2..kaki still lagi kebas..cuba yakinkan keluarga demam dh ok skit dn boleh drive tuk balik UPM esok..

[14 Syawal 1431H/Khamis]: Alhamdulillah..petang khamis kul 3.00pm gerak balik UPM..kul 1.30 pagi Jumaat selamat sampai UPM..

[16 Syawal 1431H/25hb Septermber 2010/Sabtu]: Badan still lagi lenguh actually, especially dari pinggang ke bawah sampai kaki..tp berusaha gagahkan juga tuk pg jemputan kawin housemate kat Sekinchan..sepetang perjalanan..cuba meriahkan suasana majlis smbil mengukir senyuman menceriakan hari bahagia seorang sahabat.

[Hari ini/Isnin/27hb September 2010]: Insyallah..kesihatan bertambah baik, wlaupun ada lagi saki baki lenguh2 bahagian bawah badan..moga2 segala ujian dari ALLAH SWT ini, memberi keteguhan iman pada hati ku tuk trus istiqamah dalam melakukan amal ibadah kepada-NYA dan sebagai kaffarah di atas segala dosa yang telah dilakukan dan dosa2 akan datang..Insyallah, Amin YA RAbbal Alamin..

* Kepada semua kengkawan sekolahku, kawan2 universiti, mohon maaf sbb terpaksa batalkan segala perancangan tuk beraya umah cikgu2, ust dan ustazah..insyallah lain kesempatan kita bersua lagi.

..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD






Monday, August 23, 2010

YA SHAHRUL KAREEM

YA SYAHRUL KAREEM.. YA SYAHRUL ADZIM..YA RAMADHAN.

Hati terasa terkedu tatkala ramadhan semakin cepat menginjak ke pertengahan..syahdu sanubari dalam menghadapi separuh lagi madrasah tarbiyyah rabbi ini, moga segala yg ditarbiah tika ini terus kekal dijiwai dan ‘roh’nya terpahat dihati membekali perjalanan melengkapi 336 hari menanti.


Tika ini, hampir setiap hati di muka bumi,mengharapkan pengampunan ILAHI, Tuhan seluruh alam..Pencipta MAha Agung Sang Sarwajagat..


Doa dipohon, amin kedengaran.. pasti saat menuruni hari-hari akhir bulan mulia ini, hati-hati makin digoncang dengan kedatangan suatu malam yang paling agung..lebih baik dari seribu bulan ..merumpun amalan menginsing malam..kesaktian bagai hidup beramal penuh ketenangan di bawah kerahmatan 83 tahun..


Wahai teman dan taulan.. hidup hanya pinjam cuma, seketika bagai sekelip mata.. mungkin diketemui entahkan tidak bulan mulia ini pada tahun mendatang..hanya DIA penetap aturan..


Sentuhlah dahimu..basahkanlah lidahmu..dengan peluang yang masih ada..Kejarlah..kejarlah..kejarlah lailatul qadar..dengan hati tulus dan ikhlas.. bisiklah di hati mu, teman.."Ya Allah.. Terimalah..Terimalah..Terimalah..Taubat dan penyesalanku ini…" Pasti DIA mengetahui..dan kita insyallah terus diberkati..




Syukur pada-MU ALLAH
Masih memberi keizinan dan peluang
Ku menginjak lagi
Di taman Ramadhan-MU

Izinkan,
Kupetik rahmat dan rahim-MU
Sebagai bekal perjalanan panjang
Yang ENGKAU perintahkan

Ya ALLAH,
Suburkanlah benih taubatku..
Agar kembangnya mengharum
Ke padang Mashyar..

Amin Ya Rabbal ‘Alamin..
(sajak Rahim Mahasan Sandakan, Sabah
(dari buku Hadijah Hassan)



..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD

Sunday, May 30, 2010

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT..?

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih! Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....


Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat.... Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid.... Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia.... Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada.... Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!

Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia.... memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya.... setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah! Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....


Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia.... Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'.... Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'.... Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal.... Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. .. Guna kembali ke pangkuan Tuhan!


Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD

Saturday, May 22, 2010

3 PANGGILAN ALLAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… saling ingat-mengingati.


Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah. Aku bertanya pada Ibu. 'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklumlah, ini pertama kali aku pg melaksanakan Umrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.

Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumaat di depan Kaabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.

Ibu berkata...'anakku, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..'Keningku berkerut....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?' Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa sahaja 3 panggilan itu..?'

Saya menggelengkan kepala. 'Panggilan pertama adalah AZAN melaksanakan SOLAT', ujar Ibu. 'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana tanpa alasan yang syarie'. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpekur....mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah......

Ibu melanjutkan, 'wahai anakku, panggilan yang kedua adalah panggilan HAJI/UMRAH. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran'. Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul.

Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin berkaca-kaca...Subhanallah...aku datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan....Alhamdulillah....

'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan keadaan, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, cuma individu tertentu sahaja yang menyedari dengan cara atau alamat tertentu dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya....

Oleh itu wahai anakku, jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotima.......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'

Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya.....Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat.....

Aku menjawab panggilanMu, Ya Allah, menjawab penggilan MU Ya Rabbi..pandanglah wajah ku hamba Mu yang hina ini Ya ALLAH..Wahai Ya ALLAH...Tuhanku Semesta Alam........

Oleh itu wahai akhowan wa akhowat sume..cuba tanya pada diri masing-masing, terjawabkah panggilan-panggilan ALLAH itu oleh kita? setidak2nya panggilan pertama ALLAH itu? panggilan kedua tanamlah niat dalam ahti dan teruskan berusaha untuk menyahutnya, kerana ianya salah satu kewajipan. Panggilan ketiga bgaimana pula? perbaikilah segala ke arah ISLAM dan beramal solehlah sebelum panggilan ke-3 itu datang!!!

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'

*Adaptasi dari coretan yang disusun semula gaya bahasanya..semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua..saling ingat-mengingati…………….


..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD

Monday, May 17, 2010

EID MU'ALLIMIN SAEID..SELAMAT HARI GURU CIKGU!!

Bismillahirahmanirahim...
Syukur pada ALLAH SWT atas nikmat yang dilimpahkan, melangsungkan kemandirian hidupku sebagai seorang muslim..sebesar-besar nikmat yang aku perolehi hingga ke saat ini adalah nikmat ISLAM, IMAN dan EHSAN dari MU Ya Rabbi...Alhamudlillah..juga selawat dan salam ke atas Junjungan Besar NABI MUHAMMAD SAW, Pembawa rahmat seluruh alam..
He is a Teacher of teachers..

Sempena dengan HARI GURU, saya dengan rendah diri dan berbesar hati mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua para guru yang pernah mengajar saya pada masa lalu di SK Telok PAsu, SMA Sultan Zainal Abidin Ladang, SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, SMK (A) Tok Jiring, KOlej Teras Timur (KTT), UMT, UPM, juga guru-guru ku di kulliyyah pengajian, Masjid JAmek, Serdang, MAsjid UPM, Surau An-Nur, Bangi dan Ust Shamsul serta lain-lain yang pernah memberikan ku ilmu walaupun sepatah ayat sehingga saya kini mampu berdiri dengan kaki peribadi sendiri mengendung ilmu-ilmu yang kalian curahkan. Sekalung kasih rindu ku utus pada mu guru-guru ku melalui bait-bait doaku dalam setiap solat ku..hanya itu yang mampu ku balas bagi segala penat gerih mu walaupun anak murid mu ini tahu ianya tidak setimpal jika dibandingkan usaha-usaha mu mendidik diri ini. Hanya ALLAH sahajalah yang membalas segala pengorbanan kalian. Moga hari mendatang menceriakan hidupmu wahai guru-guru ku.

Juga ucapan SELAMAT HARI GURU teristimewa diucapkan kepada mereka yang berprofession guru dari kalangan ahli keluargaku: Ustaz Razali (Abg), Cikgu Hartini (Isteri Abg), Ustaz Rasul (Adik), Pakcik: Ustaz Harun, Ustaz Ismail dan Ustaz Hamdan, Ustazah Aminah (Mak cik)..moga mereka semua bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa.

Juga tidak ketinggalan kepada semua sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang ku sayangi kerana ALLAH, yang berkecimpung dalam profession ini. Kalianlah pencorak masa depan generasi ISLAM.

Semoga ALLAH meletakkan kalian semua di kalangan orang-orang yang setiap saat mendapat petunjukNYA dalam memberi ilmu..Amin Ya Rabbal Alamin..


..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD

Saturday, February 27, 2010

THE HOUSE OF PROPHET MUHAMMAD SAW (PEACE BE UPON HIM)


SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJANGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW DAN SELURUH PARA NABI DAN RASUL DAN AHLI KELUARGA BAGINDA.










..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD