Friday, December 25, 2009

UCAPAN TAHNIAH SEMPENA PERAYAAN AGAMA LAIN


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Esok 25hb Disember 2009, mereka yang beragama kristian akan menyambut Hari Krismas atau Hari Natal. Namun begitu persoalannya, adakah wajar bagi kita mengucapkan selamat kepada mereka yang menyambutnya dan apakah hukumnya?

Perkara ini sering terlepas pandang pada hukumnya dek kerana kemajmukan masyarakat Malaysia..1MALAYSIA la katakan..Tetapi ada beberapa perbahasan yang berkaitan dengan memberi ucapan selamat kepada non-muslim. Mari kita selusuri sedikit tentang hal ini…Insyallah.

JENIS-JENIS UCAPAN SELAMAT YANG BOLEH DAN TIDAK DIBOLEHKAN TERHADAP NON-MUSLIM

Terdapat beberapa hukum yang boleh dirujuk:

HARUS: Ucapan tidak mengandungi rasa redha dengan agama lain tetapi sekadar melahirkan kemesraan dan menghormati.

Contohnya: “semoga sihat sejahtera, semoga mendapat kebaikan..” dan sebagainya.

HARAM: Jika terdapat unsur keredhaan terhadap agama kufur.

Contohnya: ‘semoga dimuliakan pada hari raya ini..,” “ hari raya ini adalah hari mulia..,” dan sebagainya.

Namun, lebih baik jika ucapan kemesraan dan menghormati itu diiringi dengan doa agar mendapat hidayah. Contohnya, “ semoga mendapat hidayah…”, “semoga beroleh cahaya iman…” dan sebagainya.

Berdoa kepada ALLAH SWT supaya orang lain mendapat hidayah amatlah digalakkan. Nabi SAW juga berdoa supaya kaumnya mendapat hidayah ALLAH SWT kerana mereka ialah golongan yang tidak mengetahui. Nabi SAW juga berdoa supaya ALLAH SWT memperkukuhkan ISLAM kepada salah seorang daripada dua Umar ketika keduanya belum mendapat petunjuk ISLAM.

Cuma dalam situasi hari ini, kita mengambil kesempatan dengan kedatangan hari raya non-muslim ini untuk mendoakan mereka mendapat hidayah ALLAH SWT. Asas keharusan ini adalah berdasarkan saranan al-Quran supaya berbuat baik dan berlaku adil kepada non-muslim. Firman ALLAH SWT dalam al-Quran Yang Mulia:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah al-Mumtahanah: 8)

Biasanya juga non-Muslim mengucapkan ucapan selamat dan tahniah sempena perayaan agama umat ISLAM. Maka, atas dasar membalas sifat hormat mereka, maka wajarlah kita membalas mengikut kadarnya pada landasn syariat islam, wajarlah dengan ucapan dengan cara menghormati juga, bukan sama-sama membuat ritual agama mereka. Firman ALLAH SWT:

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Nisa’: 86)

Demikikan itu, saya berharap sedikit panduan dan ilmu ini, boleh memberi nilai tambah kepada kita dalam perhubungan sosial dengan masyarakat bukan ISLAM di negara kita. Sama-samalah kita berdoa agar ALLAH melimpahkan rahmat, kasih sayang, taufiq dan hidayah-NYA sentiasa kepada kita..

ISLAM ITU PANDUAN HIDUP BERSYARIAT
.
Rujukan: Fiqah Beinteraksi Dengan Non-Muslim karangan Yg Berbahagia Ust Mohammad Nizam Abd. Kadir.


..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD

Friday, December 18, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H

Assamualaikum wbt muslimin dan muslimat semua..

Firman ALLAH Taala fi Kitabihi Aziz,

Bismillahi rahmanirahim..

"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisa', 100)


Rasulullah SAW juga pernah bersabda,

Omar bin Al-Khattab r.a ketika diatas mimbar, katanya: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya segala amalan itu di sertai dengan niat, dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa berhijrah kerana dunia mendapat habuannya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya. (Sahih Al-Bukhori)

SEMOGA SEGALA AMAL KEBAIKAN TAHUN LEPAS DIANGKAT OLEH ALLAH SEBAGAI KEBAJIKAN DAN SEGALA DOSA TAHUN LEPAS DIAMPUNKAN ALLAH SWT.
DAN TAHUN BARU INI, KITA TERUSKAN BERDOA DAN BERUSAHA MEMBAIKI DIRI MENUJU LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG LALU..INSYALLAH..AMIN..

TERUSKAN BERDAKWAH..




..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD

Wednesday, November 18, 2009

UCAPKANLAH DALAM SUJUD SYUKUR MU

Ya ALLAH..
Aku bersyukur dengan rahmat dan kasih sayang Mu dengan mewujudkan aku di dunia ini dengan kedua ibu bapaKu..Aku bersyukur dengan kesempurnaaan zahir dan batin yang Engkau kurniakan, anggota badan dan pancaindera yang berfungsi dengan baik.

Ya ALLAH..
Aku bersyukur dengan rahmat ISLAM, IMAN dan EHSAN yang Engkau anugerahkan kepada diriku..pertingkatkanlah nikmat-nikmat awla ini dalam jiwa sanubariku.

YA ALLAH..
Aku redha dengan qadha dan qadar-MU, ketetapan dan ketentuan dariMu terhadap diriku, redhakanlah diri ini dan kurniakanlah kebaikan pada qadha dan qadarku.

YA ALLAH..
Aku bersyukur dengan segala rahmat-MU..ampunkanlah dosa-dosa ku jika aku terlalai dalam mensyukuri nikmat dan rahmat MU, yang Maha Luas dan Maha Besar, meliputi langit dan bumi, timur dan barat.. yang aku sedari atau tidak aku sedari, yang aku ketahui atau tidak aku ketahui.

Ya ALLAH..
Apalah kiranya ENGKAU ampunkan dosa-dosaKu, dosa2 kedua ibu bapaku, orang-orang yang menjaga dan mendidik ku, orang-orang yang aku sayangi, orang-orang memberi ilmu kepada ku, ampunkanlah dosa2 kami yang telah lalu, yang akan datang.

YA ALLAH..
Aku bermohon kepadaMU, permudahkan segala urusan kami, kurniakan kejayaan segera kepada kami, tingkatkanlah iman ini pada setiap ujianMU.

Ya ALLAH..
Jauhkanlah aku dan orang orang yang ku sayangi dan mereka disekililingku dari pada azab neraka dan tempatkanlah kami di Syurga Firdaus-MU

YA ALLAH..YA ALLAH..
Kurniakanlah kami taufiq dan hidayah MU selalu..Amin..Ya Rabbal 'Alaamiin

..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD

Saturday, November 14, 2009

KAPSUL ZULHIJJAH

Nama-nama Kaabah dalam Al-Quran


1. Kaabah


Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan KAabah boleh juga bermakna kiub. " Sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah". (Surah al-Maidah, 5:95)


2. aL-Baitul aL-Haram


Rumah yang dihormati dan diharamkan membunuh, berburu dan menebang pokok. "Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup)". (Surah aL-Maidah 5:97)


3. aL-Baitul aL-Mubarak


"Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah BAitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia". (Surah aLi-'Imran 3:96)


4. Baitullah


"Dan Kami perintahkan kepada NAbi Ibrahim AS dan NAbi ISmail AS (dengan berfirman): "bersihkanlah Rumahku (KAabah dan Masjidil aL-Haram dari segala perkara yang dilarang) untuk orang yang bertawaf, dan orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sudjud". (Surah aL-BAqarah, 2:125)


5. aL-Baitul aL-AtiQ


Bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka dari dosa dan azab. Kedua-dua makna boleh diterima. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu". (Surah aL-HAjj, 22:29)


6. aL-Qiblah aL-Mardhiyyah


"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan". (aL-BaQarah, 2:144)


7. Bakkah


"Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula yang dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah, yang berkat (dijadikan) pertunjuk hidayah bagi umat manusia". (aLi-Imran, 3:96)

*Rujukan: Majalah Solusi No. Isu 13


Nama Lain MAdinah aL-Munawarah



1. Madinah 16. aL-Musallamah


2. Tabah (At-Tayyib) 17. aL-Mijannah


3. aL-Mufiyyah 18. aL-Qudsiyah


4. Taibah 19. aL-'Asimah


5. Dar aS-Salam 20. aL-Marzuqah


6. aL-Miskinah 21. Ash-Shafiyyah


7. aL-'Adhra 22. aL-Hirah


8. aL-Jabir 23. aL-Mahbubah


9. aL-Mahabbah 24. aL-Marhumah


10. al-Mahabbabah 25. aL-Mukhtarah


11. al-MAhburah 26. Jabirah


12. aN-Najiyah 27. aL-Muharramah


13. Akkalatul-Buldan 28. al-Qasimah


14. aL-Mubarakah 29. Tababa


15. aL-Mahfufah

Tuesday, November 10, 2009

LABBAIKALLAHHUMALABBAIK...LAMBAIAN HAJI 1430H..TELAH TIBA LAGI..

Makkah al-Mukaramah merupakan salah satu daripada dua tanah haram dan kota suci umat Islam. Kota itu terletak di negara yang di dahulunya di panggil Hijjaz, tetapi sekarang lebih dikenali sebagai Arab Saudi. Makkah adalah tempat Umat Islam menunaikan Fardhu Haji setiap tahun. Di sanalah terletaknya Masjid yang paling Utama bagi umat ISlam iaitu Masjidil Haram yang ditengahnya terdapat Baitullah (KAABAH) yang menjadi pusat arah kiblat untuk solat bagi UMAT ISLAM di seluruh dunia.



Sejarah Pembinaan KAABAH

Di dalam Islam sejarah pembinaan Kaabah yang dikenali sebagai Baitullah itu bermula dari NAbi Ibrahim a.s dan puteranya Nabi ISmail a.s. Pemilihan Kota Makkah sebagi pusat agama ALLAH di bumi sudah pasti mempunyai hikmah dan rahsianya yang tersendiri. MAri kita telusuri kisah pemilihan Makkah sebagi pusat ibadat UMAT ISLAM di bumi.


Diceritakan ALLAH SWT di dalam al-Quran, bahawa ketika ALLAH SWT hendak menciptakan ADAM as, ALLAH SWT berfirman kepada para Malaikat:


" Sesungguhnya AKU akan mencipta di bumi seorang Khalifah"


Lalu Malaikat bertanya:


" Addakah patut ENGKAU jadikan di atas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedangkan kami bertasbih dan menyucikan ENGKAU?


Pertanyaan para MAlaikat itu dijawab oleh ALLAH SWT dengan tegas:


"sesungguhnya AKU mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"

(al-Baqarah : 30)


Para Malaikat menjadi begitu takut dengan jawapan tegas dari ALLAH SWT, lalu memohon ampun kepada ALLAH dan berjanji tidak akan menyoal apa-apa yang akan diciptakan oleh ALLAH. Oleh itu, apabila ADAM a.s diciptakan, para Malaikat tidak teragak2 tuk sujud kepada ADAM as apabila diperintahkan oleh ALLAH SWT kecuali IBLIS yang ingkar dan enggan menghormati ADAM a.s sehingga dilaknat dan dihukum oleh ALLAH SWT. Para Malaikat yang gerun dengan apa yang berlaku kepada iblis, lantas para malaikat membuktikan ketaatan mereka kepada ALLAH SWT dengn bertawaf di sekitar ARASY. Namun, oleh kerana arasy itu terlalu besar dan tidak mampu dikelilingi oleh para Malaikat, maka ALLAH SWT telah membina satu binaan yang lebih kecil dan sesuai untuk para Malaikat melakukan Tawaf yang dinamakan "Baitul Makmur". Baitul Makmur adalah tempat para MAlaikat di langit bertawaf memuji dan mengesakan ALLAH SWT.


Selain para MAlaikat di langit, terdapat juga para MAlaikat yang ditugaskan menjaga hal-hal makhluk ALLAH di bumi, maka ALLAH telah memerintahkan para Malaikat di bumi mendirikan sebuah binaan yang sama fungsinya dengan BAitul MAkmur di langit sebagi tempat tawaf para MAlaikat di bumi. Maka didirikanlah sebuah binaan menurut perhitungan para MAlaikat bersetentangan dengan kedudukan BAitul MAkmur di langit dan dikatakan itulah kawasan yang dinamakan BAITULLAH, pusat arah ibadat di bumi dan terletak di KOTA MAKKAH yang ada pada hari ini.


Setelah ADAM a. s dan isterinya HAWA diturunkan di bumi. Baginda telah menjelajah hingga ke kota Makkah dengan panduan Malaikat Jibrail as. Kemudian NABI ADAM a.s dan HAWA diperintahkan membangunkan BAngunan BAitullah. MAka bertawaflah ADAM as disekitarnya. Kemudian Bangunan KAABAH telah mengalami perubahan binaan sehinggalah kepada yang ada sekarang.


(lakaran artis gambaran MAkkah dan kawasan sekitar pada masa akan datang)


Hari ini, MAkkah Al-Mukaramah adalah dibawah pentadabiran kerajaan As-Saudi. Kerajaan As-Saud telah banyak melakukan penambahbaikan pada KOTA MAKKAH dan MASJIDIL HARAM untuk memberi kesenangan kepada para Jamaah Haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia, menyahut seruan ILLAHI.


Tahun ini, insyallah kita akan menyambut HARI RAYA EID UL ADHA ini pada 27 November 2009 bersamaan denagan hari Jumaat. ALangkah beruntungnya dan besarnya rahmat ALLAH bagi mereka yang dipanggil ALLAH untuk sampai ke sana..berbahagialah mereka dalam menunaikan ibadat dengan gandaan pahala yang tiada terkira hitungnya..insyallah..


MOga kita juga diberi berkesempatan untuk sampai "singgah" ke sana dalam perjalanan yang masih panjang ini...insyallah.



*Rujukan: Buku Pengajian Penulis


..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY
INSTITUT IBNU DAUD

Thursday, October 29, 2009

PENGAJIAN SECARA FORMAL BAHASA ARAB HARFIAH AL-FURQAN


INFO dan HEBAHAN


Pengajian Sebenar Secara Formal Bahasa Arab Harfiah Al-Furqan (IKIM) akan diadakan di Shah Alam Iaitu di :

No 1-G, Tingkat 7, Block 1, Bangunan Worwide Business Park 13/50 Jalan Tinju Seksyen 13 Poskod 40100 Shah Alam.

Pra-Dengar (percuma) akan diadakan pada 3 November 09 jam 8.00 malam

Ust Nasa (penyusun program al-furqan ini) yang akan mengendalikan program ini sendiri. Keterangan lanjut sila hubunggi

Ust Rosdi 013 394 7086

Tuesday, October 27, 2009

SIAPA ITU SYIAH? ADAKAH MEREKA JUGA BENAR?

SYIAH

LATAR BELAKANG


Syiah ini merupakan satu kelompok pecahan dari umat ISLAM yang merangkumi lebih kuarang 10 % dari seluruh umat ISLAM di dunia. Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi saya akan jelaskan 3 kumpulan besar dalam golongan syiah ini, insyallah.

i. Syiah Imam Dua Belas (Ja’fariyyah)

Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di IRAN dan merangkumi hampir 60 % dari pda penduduk IRAQ. Golongan ini juga menjadi kumpulan minority di beberapa buah negara seperti PAKISTAN, AFGANISTAN, LEBANON dan SYRIA.

ii. Syiah Zaidiyyah

Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di YAMAN dan hampir 40 % daripada penduduk negara tersebut dalah pengikut Syiah Zaidiyyah.

iii. Syiah Ismailiyyah

Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di INDIA dan bertaburan di sekitar ASIA TENGAH, IRAN, SYRIA dan TIMUR AFRIKA.

Di Malaysia pula, terdapat 3 kumpulan syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun kebelakangan ini iaitu:

i. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)

kumpulan ini berasal dari INDIA dan di Malaysia ia di kenali sbagai goloangan yang memiliki KEDAI BOMBAY. Kumpulan yang berpusat di Daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (tahun 1996).

ii. Syiah Ismailiah Agha Khan

Kumpulan ini di kenali dengan nama Kedai Peerbhai. Bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

iii. Syiah Ja’fariyyah@Imamiah Ithna Assyariyyah (Iman Dua Belas)

a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah university tempatan telah memainkan peranan tuk menyebarkan fahaman Syiah Ja’fariyyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.


Saudara pembaca yang budiman,


Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran ISLAM dan menjadi ancaman kepada perpaduan Ummah, keutuhan agama, perpaduanbangsa dan keamanan negara khususnya di Malaysia. Oleh itu, fahaman dan ajaran ini perlu dibendung keseluruhannya dari berkembang masuk ke Aliran Ahli SunnaH wa Jamaah kerana terdapat percanggahan yang jelas dari sudut akidah, syariah dan pelbagai penyelewengan umum yang lain. Insyallah, pada entri yang akan datang saya akan berkongsi pula beberapa penyelewengan yang dibawa oleh fahaman syiah dari sudut-sudut yang dinyatakan tadi. Saya juga akan membentangkan hujah disebalik kenapa fahaman ini dikatakan menyeleweng. INSYALLAH.


Rujukan:

1. Koleksi Pengajian Penulis.
2. Kitab Aqaid al-Imamiah oleh Ulama Syiah Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar.
3. Kitab Awail al-Maqalat petikan Muhamad JAwad Mughniah dari kitab al-Syiah Fi Mizan.
4. Kitab al-Usul Min al-Kafi karangan al-Kulaini Juzu’
5. Kitab Bihar al-Anwar karangan al-Majlisi
6. Kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh al-Syed Mansur Husain
7. Kitab al-Tafsir oleh Abu al-Nadhar Muhammad bin Masud bin Iyasy al-Salami al-Samarqandi atau dikenali sbagai Ibn al-Iyasyi
8. Kitab Usul Kafi, Itikadi, Ijtimai, Akhlakhi, wa- ilmi oleh al-Kulaini

..MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD
INSTITUT IBNU DAUD

Tuesday, October 6, 2009

SECEBIS TAZKIRAH PASCA RAMADHAN


Assalamualaikum wbt..
secebis ingatan pasca ramadhan...

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?...pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)



4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya....maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)



Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."


Sunday, October 4, 2009

DI UJI SEBAGAI HAMBA..

Subhanallah..
Rasa macam diri ini trus menerus diuji ALLAH..
kekadang rasa..ntah xtahu lah apa nk ckap..

sume ade..1001 rasa..huhu..
Ya ALLAH kuatkan iman ini..
untuk sume ujian-MU

Amin..Ya Rabbal 'Alamin..