Sunday, July 26, 2009

BULAN SYAABAN BULAN PERSIAPAN MEMASUKI RAMADHAN

Assalamualaikum wbt sahabat-sahahat ku yang dirahmati ALLAH SWT sekalian..

Segala puji bagi ALLAH Taala Tuhan seluruh alam, di mana nyawa anak Adam terletak pada tanganNYA, selawat dan salam dilafazkan kepada junjungan kita NAbi Muhammad SAW, penyeru umat manusia ke arah pengabdian diri kepada ALLAH SWT, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan kepada mereka yang menyeru dakwah hari akhirat. Hari ini tanggal 4 Syaaban, suatu bulan yang menandakan hampirnya kita dengan bulan penuh keberkatan dan kerahmatan iatu Ramadhan tidak lama lagi. Rasulullah SWT menjelaskan bulan ini mengandungi banyak keutamaan dan kebaikan, dengan nilai kebajikan dilipat gandakan bagi mereka yang melaksanakan ibadat atau amal salih dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan..insyallah.

Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi QAis, sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina 'Aishah berkata: " Bulan yang disukai oleh Rasulullah SAW yang mana Baginda SAW berpuasa padanya adalah bulan SYA'BAN kemudian disambung puasa pada bulan RAMADHAN. [Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu DAud, An-NAsaei, Ibn Khuzaimah, Al-BAihaqi dan Al-Baghawi].

Para Sahabat yang budiman,

Setelah berlalunya bulan Rejab, menyusur pula bulan SYA'BAN juga bulan kedua selepas Rejab yang penuh keberkatan. Alim ulama menyatakan bahawa sesungguhnya bulan REJAB adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan SYA'BAN adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan bulan RAMADHAN adlah masa untuk membersih, menerangkan hati dan jiwa.

Antara amalan yang digalakan pada bulan SYA'BAN adalah:

1. Memperbanyakkan Puasa Sunat.
Di dalam kitab Durratun Nasihin, ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa RAsulullah SAW bersabda yang bermaksudnya: " Barang siapa berpuasa 3 hari pada permulaan bulan SYA'BAN, 3 hari pertengahan SYA'BAN dan 3 hari pada akhir SYA'BAN, maka ALLAH Taala mencatat untuknya pahala seperti 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada ALLAH Taala selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang mati SYAHID.

2. Perbanyakan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda RAsulullah yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengagungkan bulan SYABAN, berTAQWA kepada ALLAH, TAAT kepadaNYA serta MENAHAN DIRI daripada maksiat, maka ALLAH Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit". [dipetik daripada kitab Zubdatul Wa'izhin]

3. Banyakkan bertaubat.
Diriwayatkan dari Umamah Al-Bahili RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Manakala masuk bulan SYAABAN, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu". Taubat bukan sahaja suatu method untuk membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat, tetapi ia lebih kepada suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada ALLAH SWT dengan janji tidak mengulangi segala perbuatan tercela seterusnya menjadi pendinding kepada kerosakan akhlak dengan mengharapkan kurnia, taufiq dan hidayah ALLAH sepanjang masa daripada kesesatan tipu daya iblis dan syaitan serta nafsu kejahatan seterusnya memohon keselamatan dari ditimpa musibah, kesusahan dan kesulitan baik ketika di dunia mahupun di akhirat nanti, Insyallah..

Para Pembaca yang dirahmati ALLAH SWT,

Sebenarnya dalam bulan SYAABAN ini, tidak kurang banyaknya juga peristiwa penting yang berlaku. Antaranya, penukaran arah qiblat umat ISLAM dari BAitul Muqaddis ke BAitullah di MAsjidil HAram MEKAH Al-Mukaramah, peperangan Bani Mustaliq (Muraisi') yang membawa kepada pernikahan Baginda RAsulullah SAW dengan Barrah (Juwairiyyah) dari BAni Mustaliq dan Peristiwa Malam NISFU SYAABAN, yang mana 300 pintu rahmat akan dibuka oleh ALLAH SWT pada malam NISFU SYAABAN tersebut. Tapi insyallah, perkara atau peristiwa-peristiwa utama ini akan saya ceritakan dalam entry yang akan datang sebelum malam NISFU SYAABAN nanti, Insyallah..

Akhir khat kali ini, saya ingin berkongsi satu lagi hadis yang bermaksud, "Barangsiapa berpuasa sehari pada Bulan SYAABAN, diharamkan ALLAH SWT tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi teman NAbi YUsuf AS di dalam syurga. Diberikan pahala oleh ALLAH SWT seprti pahala NAbi ALLAH Ayyob AS dan NAbi Allah Daud AS. Jika ida sempurnakan puasanya sebulan bulan SYAABAN, dimudahkan ALLAH SWT atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur dilepaskan daripada huruhara Munkar dan NAkir, ditutup ALLAH SWT keaibannya di Hari KIAMAT dan diwajibkan SYURGA baginya.

Oleh itu, saya menyeru seluruh sahabat dan pembaca entry ini diluar sana marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amal soleh pada bulan ini dengan ikhlas LiLLAHI TAALA. Ayuh! sama-sama kita melipatgandakan amalan kita dalam bulan SYAABAN ini sebagai persediaan kita menghadapi RAMADHAN yang bakal mengunjung tiba, moga-moga kita semua mendapat keampuanan, keredhaan serta kasih sayang dari ALLAH di dunia dan di akhirat..Insyallah, Wallahua'lam.


MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD


Saturday, July 18, 2009

JENDELA ANAK AKHIRAT

Salam Dunia Fana dari mata yang Insyallah memandang dari Jendela Akhirat..

"Jiwa mereka yang sangat cinta mencari akhirat, laksana anak-anak akhirat" kata salah seorang rakan seperjuangan saya yang terus berjihad untuk agama hanif ini..namun ALLAH lebih menyanyangi sahabat saya itu..beliau telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini..hayat beliau telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran Qarim di Darul Quran..Alhamdullilah..sungguh ALLAH sangat merindui dan kasihkan hambanya..tidak dapat saya bayangkan betapa pilu dan sayu bila mengenangkan sumenya..tapi tetap redha dengan ketentuan ALLAH..betapa hebatnya rencana ALLAH tuk hambanya..

Al-Fatihah..moga dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan syahid..insyallah, amin..
Melihat dunia dari jendela akhirat..melihat dunia dgn linangan air mata kerana tipu daya belaka jika terpedaya..sungguh betapa jika dibayangkan sorang anak kecil terkebil2 kelopak matanya yang kecik..mata yang putih melihat sesuatu di depan matanya melalui jendela..suatu ruang yang kecil..yang boleh melihat banyak benda, tapi mungkin belum berdaya untuk keluar melalui pintu gerbang utama, kengkadang anak kecik itu senyum..keriangan, kengkadang menangis.. ketakutan dan kesedihan, melihat pelbagai perkara..

Rasulullah pernah bersabda, " Islam datang dalam keadaan ganjil dan akhir zaman ISLAM juga dalam keadaan ganjil" begitulah lebih kurang kata2 Baginda Rasulullah.

Memang sangat benar Qalam Rasul Junjungan kita itu, jika diselusuri sejarah ISLAM, zaman awal kedatangan ISLAM dipandang sesuatu yang tidak boleh diterima akal..apa tidaknya, masyarakat jahiliyyah zaman itu telah bergelumang dengan arak, zina, bunuh-membunuh, fitnah, rasuah, jual beli yang menindas, tanam anak idup2, bezakan kan anak2 lelaki pompuan..malah Rasul pernah diceritakan diejek dengan gelaran gila, tidak siuman dan mengada2kan cerita dan terkebelakang..kedatangan ISLAM ditentang habis-habisan dek kerana ISLAM bakal mengharamkan semua kerosakan, amalan dan akhlak buruk jahiliyyah yang telah beribu-ribu tahun berdiam dalam adat dan cara hidup mereka.

Hari ini pula dan akhir zaman ini..bila sudah ISLAM bertebaran di serata pelusuk dunia..dan Rasul Junjungan kita sudah kembali kepada ALLAH.. ISLAM dilihat sesuatu yang terkebelakangan..bila ada mereka yang mahu mengajak kepada cara hidup ISLAM, terus terdapat golongan yang memandang serong..katanya ini zaman moden..xperlu tutup2 sangat..buke sket2 baru nampak moden..xpe kluar je, bukan buat ape pun..ala pegi shopping je.. ..orang laen bercouple nape plak tak boleh kite.. huh! bukan xboleh tapi ade kaedah dan method ISLAM kita.

kononnya mereka yang tidak mempunyai speksifikasi ciri-ciri moden ala tahudi nasroni ini perlu disingkirkan..jangan kawan dengan orang yang bersikap konservatif ISLAM dan menolak unsur kemodenan in..kata golongan yang bakal diturunkan bala oleh ALLAH ini..

Subnallah..benarlah kata Rasulullah SAW lagi.." di akhir zaman beruntunglah orang-orang yang dilihat ganjil dan terpencil"..
Insyallah meraka yang mahu mengikuti cara hidup dan akhlak ISLAM dengan ikhlas dan istiqamah pada method yang diredha ALLAH akan dimudahkan segala urusan kehidupan mereka..percayalah..INSYALLAH..!!

**Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)

MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD


Sunday, July 12, 2009

UJIAN DAN DUGAAN ALLAH

Sungguh aku sudah penat melayan karenah..
jiwa, akal, nafsu, hati pada kehambaaan dunia..
Hingga seluruh fokus aku hampir ilang pada sume ini..
aku di tetapkan oleh ALLAH dengan pelbagai dugaan sejak mula bergelar manusia..
sejak 25 tahun lampau..terus dan terus diuji ALLAH..
Dalam masa sama kasih sayang dari ALLAH Taala tidak putus-putus..

Dugaan dan mehna ILLAHi membukti aku hamba yang perlu diperbaiki..
Rohani, nurani, jiwa dan mental..
berangkai hikmah dan rungkaian dari rahmat ALLAH..

Aku pernah diuji semua ini..
Kesenangan dalam kesusahan..kesusahan dalam kesenangan,
Ketenangan dalam keresahan..keresahan dalam ketenangan,
Kebahagiaan dalam kedukaan..kedukaan dalam kebahagiaan,
kecintaaan dalam kebencian..kebenciaan dalam kecintaan,
ketaaan dalam kelalaian..kelalaian dalam ketaatan,
keberanian dalam ketakutan..ketakutan dalam keberanian,
kesedihan dalam keriangan..keriangan dalam kesedihan..

Namun..bila aku muhasabah diri ini..
aku lebih selesa berada dalam kesedihan dan kecintaan..
dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH..
Supaya aku dapat merasakan kesemua yang ditentukan Qadar dan Qada' untuk diri aku dengan penuh ketabahan..

Kekuatan itu Insyallah ada di hati dan iman ini..


MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD

Saturday, July 11, 2009

WARNA DAN KAMU

Emas

# Positif:

Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.

# Negatif: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.

Putih

# Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.

# Negatif: Boros berbelanja

Kuning

# Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.

# Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah.

Merah

# Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.

# Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.

Hijau

# Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.

# Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.

Merah jambu

# Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.

# Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

Coklat

# Positif: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.

# Negatif: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.

Perak

# Positif: Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.

# Negatif: Mudah putus asa dan cepat merendah diri.

Ungu

# Positif: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah.

Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.

# Negatif: Sombong dan sedikit emosi.

Hitam

# Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.

# Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.

Kelabu

# Positif: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.

# Negatif: Cengeng dan agak pemalas

Jingga

# Positif: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.

# Negatif: Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.

Biru

# Positif: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.

# Negatif: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh


Saya tak pastilah sume nie btul ke tak..cume mungkin boleh dijadikan pengetahuan am..yang baik boleh diambil..yang buruk di jadikan sempadan.. insyallah..


MAHBUB MARDHATILLAH..

DAHLAN AZMIE HAMIZ DARWISY IBNU DAUD

INSTITUT IBNU DAUD

Friday, July 3, 2009

ATAS DASAR APAKAH AKU MENUNTUT ITU MENUNTUT INI

Di atas dasar apakah aku ingin memberontak kepada ALLAH?
Di atas kapasiti apakah aku perlu itu dan bukan ini?
Sememang aku tidak perlu persoal apa yang telah berlaku dan apa yang telah ditentu..
Kerana semua itu sementara dan bakal pergi..

Setiap yang ditentu perlu diinsafi..
mereka yang membangga diri dengan apa yang diberi..
perlu melihat desak hati nurani berkali-kali..
desakan itu sebenarnya runtung sepi sayu dihati.

bangga diri manusia ini sifat keji si kufuri nikmat ILaHi..
dia tidak memandang adakah apa yang diberi pada dirinya itu perlu disyukuri..
tidak..sesekali tidak mereka syukuri..kerana mereka membangga diri..
padahal sekelip mata yang MAHA MeMBERI boleh menarik segala pada diri ini..

Namun..
bila diri ini diuji dengan ujian yang berkontradiksi dengan yang memboleh bangga diri..
ditusuk dengan jelikan suara si membangga diri..
mungkin mereka yang menghadapi segala ujian kontradiksi dengan pembangga diri,
hanya mampu menderita dalam jiwa..
kenapa perlu mereka ini di dunia fana begini?
bukankah semua itu adalah sementara belaka?

konon mengejar itu mengejar ini..menghina itu menghina ini..
sehingga suatu saat hati akan berkata apakah semua ini..
suatu ujian dan ketetapan untuk setiap mereka bergelar manusia?
yaa....itu lah perlu diungkap pada sepertiga akhir malam..

bukan pada ketika sepertiga itu saat untuk meratapi..
tapi untuk diinsafi..kenapa ini dan kenapa ini..kenapa itu dan kenapa itu..
sambil menadah dua telapak tangan yang merah kebasahan dek kerana mengalirnya 'unsur kehambaan..

Ya ALLAH..memang aku telah menganiya diri aku sendiri..
dengan menuntut itu..menuntut ini..
walhal sedikit sekali mensyukuri dengan apa yang pernah diberi..


...MAHBUB MARDHATILLAH..
DAHLAN AZMIE HAMIZ IBNU DAUD
INSTITUT IBNU DAUD