Monday, February 9, 2009

Air mata membasahi sajadah

Pada detik ini, akan aku harungi satu penghidupan baru yang akan meninggalkan lipatan lama yang penuh dengan ranjau duri, hamparan kesengsaraan, lautan penderitaan dan pergunungan kehancuran. Kegagalan, kesedihan telah menjadi hak mutlak perjalanan hidup ku…

Kehidupan ini seumpama mencari tanah kuburan bagiku. Keperitan adalah sebahagian nafasku. Penyiksaan adalah urat leher ku. Tangisan air mata sudah tidak bermakna lagi walaupun untuk menyatakan hak di ketika ini. Namun… pada hari ini juga, aku telah menemui apa yang di cari untuk sekelian lamanya.

Aku bukan diciptakan untuk menjadi insan yang mudah ditundukkan kecuali hanya pada yang Esa. Bukan juga seperti layang-layang yang setiap masa ditarik talinya kerana penghidupan seperti ini bukanlah hakikat hidup yang sebenarnya.. Kini aku pasrah untuk menempuh, merempuh dan berenang segala lautan api dan ribut petir melanda!.

Selagi roh masih bersemadi di jasad ini , selagi itulah aku bertekad agar tidak berganjak dengan erti hidupku.. Ya Allah hanya kepada Mu sahajalah tempat aku bergantung .Di kala ini, tiada lagi sahabat, ibu dan ayah serta kekasih yang dapat diadukan. UjianMu ini terlalu berat untuk aku tanggung...berikanlah sedikit kekuatan dan kesabaran untuk aku menghadapinya dan ku pohonkan sedikit keringanan bagi ujian Mu ini.

Namun, kiranya ini sudah menjadi ketentuanMu maka tidak layak bagi aku memperkatakannya, aku redha, pasrah kerana diuji. Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana kagum akan kehebatan Allah SWT, Ya Allah! aku bersyukur di setiap keheningan malam..Engkau masih memberi kekuatan padaku untuk berdiri di kala insan lain sedang nyenyak tidur dalam dakapan.

Engkau Maha Mengetahui Ya Allah bahawa diketika itu, ada insan fakir yang sedang menunggu dua pertiga malam untuk mencintaiMu. Di setiap keheningan malam juga biarlah air mata menjadi saksi memasahi sejadah kerana air mata yang mengalir itu sebenarnya bukan untuk meratapi dunia…..

Ya Allah...Hamba Mu ini adalah hamba yang benar-benar fakir...kiranya aku mohon padaMu Ya Qadhzi Rabbul Jalil Allah Azzawajalla...engkau utuskanlah para Malaikat Mu untuk mengawasi setiap gerak geri dan gerak hati Ku supaya aku sentiasa rasa aku diawasi oleh MU.. Ku Ucapkan selamat datang kepada MalaikatMU yang bertugas malam dan siang untuk diriku, selamat datang kepada dua Malaikat pencatat yang Mulia, tuliskan dalam catatan amalku sesungguhnya aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang lain melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu hamba dan RasulNYA, aku naik saksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, qalam itu benar. Aku naik saksi bahawa kiamat itu benar dan pasti datang tidak diragukan lagi..Allah akan membangkitkan hamba-hambaNYA dari Barzakh..Ya Allah, aku simpankan di sisiMU kesaksian ini untuk hari yang aku perlukan kepadanya..Ya Allah..simpankanlah dengan amalan, ampunkanlah denganya akan dosa-dosaku..beratkanlah dengannya akan timbangan amalanku yang baik..dan aku mohon padaMU agar dengannya engkau capaikan cita-citaku dan perkenankanlah untukku...Ya Allah yang sangat pemurah...
Ya Allah..pilihlah untukku akan sesuatu yang mengandungi kebaikan dalam urusan agama dan duniaku..dengan rahmatMU..wahai Yang MAha Pengasih di antara seluruh yang pengasih..AMIN...

Wednesday, February 4, 2009

SALAM PERSAHABATAN MAYA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Mulakan dengan Basmallah dan Selawat atas junjungan NAbi SAW, kerana dengan RAHMAT, TAUFIK dan HIDAYAH dari ALLAH TAALA..kita diberi kesempatan untuk terus menghirup udara... menarik nafas... melangkah dan terus melangkah menuju keredhaanNYA..INSYALLAH. ..Oleh itu, wahai teman, sahabat dan taulan..marilah kita sama-sama menunjukkan rasa bersyukur kita kepada ALLAHI TAALA dengan melakukan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala yang dilaranganNYa..

Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan..Surah Al-Maidah, ayat 105

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan...Surah Al-Hajj, Ayat 78.

Demikian ayat-ayat yang diturunkan oleh sebagai suatu perintah yang perlu diPATUHI oleh setiap makhluk yang bergelar hamba untuk mengimarahkan bumi...

Penulis rasa cukuplah ini sebagai permulaan dalam pertemuan ini..INYALLAH kita bersua lagi pada tulisan yang mendatang..INSYALLAHI TAALA




Wasalam,

"ISLAM IS OUR WAY OF LIFE"

DahLan AzMie HaMiz DarWisY IbNu DaUd
Gerakan Pena Emas CitY Of RaUDhaH